BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kisah Benar Mangsa Banjir Tidak Sedar Lelaki Membantunya Adalah Sultan Kelantan

ammar

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V baru sahaja dimasyhurkan menjadi Yang Dipertuan Agong ke-15 untuk Malaysia baru-baru ini. Majlis yang berlangsung pada tanggal 12 Disember 2016 itu sungguh meriah dengan kehadiran VVIP dan rakyat jelata.

Atas pelantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu, majoriti rakyat di negara ini senang dan gembira kerana baginda adalah antara Sultan yang mesra rakyat serta “low profile”.

Terkenal dengan imej berjubah membuatkan ramai rakyat kagum dengan Baginda ini. Jelaslah disini bahawa Raja yang baik tidak perlukan protokol untuk mencemar duli bersama rakyat jelata.

Namun, disebalik keperibadian baik Tuanku Sultan ada satu kisah yang sungguh mengejutkan ramai. Kisah ini adalah kisah benar seorang mangsa banjir yang pernah dibantu oleh Baginda Sultan Muhammad V tanpa dia sedar bahawa itu adalah Sultan mereka.

Tak tahulah cerita ini benar atau tidak.(Kami mohon maaf jika kisah ini rekaan semata-mata)

Mejar Beri Arahan Pada Sultan Kelantan Tanpa Dia Sedari

Sukar nak dapat pemimpin yang begini. Kisah ini diperoleh dari FB menceritakan bagaimana lucunya apabila ada seorang lelaki yang sedang menolong dan membantu mereka yang menjadi mangsa banjir.

Malah lelaki itu turut sama menerima arahan daripada seorang tentera berpangkat Mejar.

Semasa waktu berehat, sehingga ada seorang itu menegurnya dengan panggilan abang….. hihihi..

Rupa-rupanya itu sultan mereka. Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra). Allahu Akbar!sultan kelantan lawat mangsa banjir kelantan sultan kelantan lawat mangsa banjir

Baginda Datang Tanpa Wartawan, Tanpa Publisitisultan kelantan low profile

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharungi banjir untuk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang tidak sedar itu sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dari seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas-petugas. Tiba-tiba beliau disapa.

ARTIKEL LAIN  "Dalla" Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya ke Malaysia

“abang dari mana?”
“orang sini juga ke?”
“macam muka Tuanku la abang ni”

Baginda hanya tersenyum.
Setelah menyedari yang disapa tadi adalah sultan mereka, kecut perut orang tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan. Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang tadi. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, langsung tak reti nak bagi arahan macam mula-mula tadi.

Ciri-ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, membantu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal-bakal sultan. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Prev Article
Next Article

One Response

  1. ira

    wahh, memang bagus sangat

    December 18, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • asri janggut
    Satu Laporan Polis Dibuat Terhadap Asri Janggut
    August 12, 2020 0
  • biodata alieff irfan selebriti youtube 1
    Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan RM300,000 …
    February 19, 2019 1
  • prosedur pengambilan sampel darah vena1
    Hukum Ambil Darah Ketika Berpuasa: Derma Darah …
    November 16, 2022 0
  • kereta jatuh parking dari tingkat 3
    Gambar Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat …
    August 14, 2015 1
  • pokok-petai-menangis
    Minum Air “Pokok Petai Menangis”. Apa Yang …
    January 29, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)