BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Eyra Hazali Percaya Bakal Suami Bukan ‘Kaki Perempuan’

ammar

Pelakon baru yang meningkat naik iaitu Eyra Hazali berpendapat tidak semua pemain bolasepak boleh dilabelkan sebagai kaki perempuan.

Dia amat mengenali bakal suaminya dan tidak pernah berasa bimbang dengan tanggapan orang mengenai pemain bola sepak.

Eyra, 20, berkata, tunangnya yang juga penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli seorang yang tidak gemar keluar rumah untuk bersuka-ria.

“Bukan semua pemain bola sepak macam tu. Saya sangat mengenali tunang saya dan dia seorang lelaki yang macam mana. Dia bukan kaki lepak.

“Selalunya habis kerja, dia akan terus balik dan menghubungi ibunya atau saya menerusi FaceTime untuk berborak. Itu sahajalah yang dia selalu lakukan.

“Saya tak bimbang pun bila ada segelintir pihak anggap pemain bola sepak kaki perempuan. Lagipun, dia bukan seorang yang suka keluar untuk bersuka ria,” katanya.

Eyra Hazali dan tunangnya

Eyra ditemui ketika malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Mr Grey ini berjaya membawa pula trofi Pelakon Baharu MeleTOP 2019 pada malam acara kemuncak tersebut.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur 2 ini memberitahu persiapan majlis perkahwinan dia dengan Haziq yang juga pemain Johor Darul Takzim (JDT) sudah mencecah 60 peratus.

Bagaimanapun, Eyra masih belum bersedia berkongsi tarikh perkahwinan mereka namun akan diadakan pada penghujung tahun ini.

“Persiapan majlis itu sudah 60 peratus siap tapi berhenti sekejap sebab sekarang saya sibuk dengan penggambaran hingga Ogos depan.

“Buat masa sekarang ini, saya belum bersedia kongsi tarikh untuk majlis kami tapi Insya-Allah saya akan umumkan nanti,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali dan Haziq mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Haziq Nadzli pada 1 Disember tahun lalu dalam satu majlis tertutup.

Eyra dan Haziq kini menunggu saat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi. Walaupun tarikh perkahwinan tidak didedahkan kepada umum, ramai netizen mendoakan supaya Eyra dan Haziq cepat-cepat kahwin.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    August 8, 2016 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Sinopsis Penuh Drama Jangan Benci Cintaku Slot …
    July 17, 2018 0
  • gambar2520baby2520yusri2520dan2520lisa2520surihani1
    Koleksi Gambar Anak Lisa Surihani dan Yusri …
    September 23, 2015 0
  • acey smule
    “Smule Bawa Padah Kepada Saya” – Achey, …
    October 12, 2017 1
  • najwa latif
    Najwa Latif Menangis Siapkan Tesis
    October 15, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)