BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Aiman Tino Rebus Ketupat Sampai Hangus

ammar June 14, 2019

Hari Raya Aidilfitri sudahpun menjelma setelah sebulan umat Islam berpuasa. Didalam kemeriahan menyambut syawal ini, sudah pasti banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Kenangan pahit atau manis raya pada tahun ini sudah pasti menjadi memori hidup buat kita semua. Tidak lupa juga kepada penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Aiman Tino.

Aiman Tino, 20, berkongsi pengalaman lucu merebus ketupat hingga hangus ketika membantu ibunya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri berkata, insiden itu berlaku kira-kira dua tahun lalu akibat terlupa pesanan ibu untuk memantau ketupat direbus.

“Merebus ketupat hingga hangus antara pengalaman menyambut Aidilfitri yang sukar dilupakan. Ibu suruh tengokkan ketupat, tetapi hangus pula jadinya.

“Namun, ia menjadi pengalaman berharga. Saya harap ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang… Buat malu saja,” katanya.

Mengenai persiapan Aidilfitri, sebagai anak yang memiliki pendapatan sendiri, dia teruja dapat membeli baju dan barangan keperluan lain untuk keluarga.

Malah, Aiman yang popular dengan lagu Ku Sesat Dalam Rindu merancang membawa keluarganya bercuti pada raya Hari Raya kedua di sebuah lokasi peranginan tempatan.

Aiman berkata, percutian itu ibarat buat ibu dan ayah yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam mengharungi dunia seni.

“Jika tahun lalu, saya membawa keluarga ke Sarawak, kali ini, kami akan melakukan aktiviti sama… Inilah cuti untuk tempoh panjang yang saya ada,” katanya yang berkongsi kos percutian bersama kakaknya, Fara Hazel.

Aiman berkata, rumahnya di Kuala Kerling, Kuala Kubu Baru lazimnya dipenuhi peminat pada Syawal pertama.

Tambah Aiman, sejurus menunaikan solat Aidilfitri, peminat sudah berada di depan rumah untuk beraya.

“Pagi raya, rumah kami sudah penuh. Sejurus solat sunat Aidilfitri, peminat sudah ‘ketuk pintu’ rumah.

“Saya tidak kisah dengan kehadiran mereka. Inilah masa untuk saya beramah mesra dan mendekatkan diri dengan peminat yang tidak pernah berputus asa menyokong saya,” katanya.

Aiman berkata, tahun ini, dia menjangka lebih 3,000 peminat akan beraya di rumahnya.

Anda yang membaca artikel ini juga sebagai peminat setia artis ini sudahkah anda pergi beraya ke rumah Aiman Tino? Jika belum jom pergi beraya ke rumah Aiman Tino sekarang.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 11
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 11
    July 31, 2016 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 27
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 27
    August 29, 2016 0
  • Johan Raja Lawak Terasa Kerana Disindir Ibu
    Johan Raja Lawak Terasa Kerana Disindir Ibu
    December 9, 2016 1
  • Semerah Cinta Humairah Episod 2
    Semerah Cinta Humairah Episod 2 Drama Slot …
    July 25, 2018 0
  • pengasuh siti
    Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi, …
    June 26, 2019 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)