BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Koleksi Gambar Anak Lisa Surihani dan Yusri KRU

ammar

gambar baby yusri dan lisa surihani.jpgKoleksi Gambar Anak Lisa Surihani dan Yusri KRU

Kira-kira jam 11.44 malam 15 September 2015 Lisa Surihani selamat melahirkan cahayamata sulungnya di Pantai Medical Centre Bangsar. Bayi perempuan pasangan Yusri dan Lisa Surihani dilahirkan seberat 3.4kg.

Melalui pengumuman di program HLIVE!, Yusry KRU & Lisa Surihani telah memilih nama Yahaira Leanne untuk anak sulung mereka ini.

“Salam semua, Alhamdulillah selesai sudah upacara tahneek bagi anakanda perempuan sulung kami yang diberi nama Yahaira Leanne Yusry. Yahaira Leanne membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan”

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zuhairee dan Ustaz Amru bersama isteri kerana sudi menjalankan upacara ini bersama kami sekeluarga,” ujar pasangan ini.

Tahniah diucapkan kepada pasangan romantik Yusri dan Lisa Surihani. Semoga kehadiran cahayamata ini dapat menyerikan lagi rumah tangga meraka.

Berikut adalah beberapa keping gambar anak Lisa Surihani dan Yusri. Comel kan?gambar anak yusri dan lisa surihani.jpg

koleksi gambar anak lisa surihani dan yusri kru.jpg

Menurut Lisa, dia tidak mahu anaknya ini dipaparkan umum kerana dia dan Yusry mahukan anak mereka ini sama seperti anak orang lain. Menurutnya lagi, dia mahu anaknya itu sama seperti anak orang lain yang hidup seperti biasa dan tidak terkenal walaupun dirinya dan Yusry dikenali ramai sebagai artis.

Pasangan ini tidak mahu anaknya itu turut sama menjadi “artis” kerana anaknya itu masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. Demikianlah kata-kata dari Lisa ketika ditemuramah di Melodi TV3.

ARTIKEL LAIN  Setelah 14 Tahun, Mawi Dedah Apa Yang Terjadi Kepada Kereta Yang Dimenanginya
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0
  • lufya omar dan kerabat diraja johor.jpg
    Hubungan Lufya Dengan Kerabat Diraja Johor Musnah
    December 12, 2015 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 5
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 5
    July 20, 2016 0
  • orang tua
    Orang Tua Ini Muncul Kembali! Setelah Azizulhasni …
    September 29, 2017 0
  • Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup Miliki Ganja dan Pedang Samurai
    Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup …
    September 26, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)