BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Subhanallah…Ica peluk bapa, minta diajar mengucap

ammar

Aisyah Bahar, seorang gadis cantik serta pintar menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya pada usia baru 22 tahun. Dua orang abangnya juga dijemput Ilahi ketika bersolat berapa tahun lalu.

Usai solat subuh berjemaah di masjid di kampungnya di di Kabupaten Bone dekat Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah membaca al-Quran, meminta bapanya membetulkan jika salah.

gambar ica dan ayah ibuKetika membaca surah Al-Mutaffifin, tiba-tiba dia memeluk bapa, meminta diajarkan dua kalimah syahadah.

“Tiba-tiba ia memeluk saya, minta dipandu membaca syahadah. Selepas itu dia meninggal dunia,” kata bapanya Andi Bahar Jufri menceritakan detik anak kelimanya itu meninggal dunia 4 Januari lalu.

Menerusi laporan melalui portal Liputan6, Aisyah Bahar, gadis cantik dan rajin melakukan ibadat adalah lulusan Universiti Hasanuddin dan bakal memulakan pekerjaan dengan pasukan makmal penternakan di universiti berkenaan.

Menurut bapanya, pada malam menjelang kematiannya, Aisyah yang dipanggil Ica, bangun menunaikan solat malam dan bersahur kerana akan berpuasa sunat keesokannya.

“Itu rutin biasa Ica, berpuasa Isnin dan Khamis. Ketika itu kami lihat keadaannya baik saja, tiada yang janggal,” katanya hari ini.

Ica, lulusan terbaik Fakulti Ternakan itu kemudian ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan selepas itu meminta bapanya menemaninya membaca al-Quran, membetulkan bacaannya jika salah.

“Tidak pernah dia meminta ditemani seperti itu,” kata bapanya.

Menurut Andi Bahar, sebelum ini Ica mengadu sering sakit kepala namun pemeriksaan doktor tidak menemukan sebarang masalah.

Aisyah dikebumikan di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) Moncongloe, Maros, Sulawesi Selatan, tidak jauh dari rumah keluarganya.

Menurut Andi Bahar yang mempunyai lapan anak, dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Astri, yang terlebih dahulu dijemput Ilahi juga meninggal dunia ketika bersolat, beberapa tahun lalu.

ARTIKEL LAIN  SUBHANALLAH! Kejadian Aneh Berlaku di Masjid Singapura

Jelasnya lagi, Andi Ibrahim yang hafaz al-Quran, meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika bersolat sunat Tasbih pada Ramadan tahun 2009.gambar ica dan keluarga

Anak keduanya, Andi Astri, meninggal dunia selepas selesai membaca tahiyat akhir ketika sedang bersolat malam di Pondok Gede, Jakarta, pada tahun 2011.

Andi Bahar berkata, dia redha menerima ketentuan Allah dan amat bahagia kerana anak-anaknya meninggal dunia ketika sedang beribadat kepada Tuhan.

Semoga kisah ini menjadikan pengajaran untuk kita semua khususnya Umat Islam di Malaysia. Bulan Ramadhan ini sama-samalah kita tingkatkan amalan kita moga-moga kita mati di dalam imam.

Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah menjadi cita-cita setiap muslim. Marilah kita sama-sama bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan oleh kita. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang mati di dalam “khusnul khotimah”. Insyaallah…Amin.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1
  • gambar najib cium batu hajar aswad
    Misteri Hajar Aswad Yang Mengejutkan Neil Amstrong …
    August 13, 2015 0
  • amalan2520khurafat2520jemaah2520haji2520asia2520tenggara1
    Amalan Khurafat Yang Selalu Dilakukan Oleh Jemaah …
    August 28, 2015 4
  • f202004231319492
    Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 …
    October 14, 2022 1
  • gambar kalimah allah terselamat dari kebakaran.jpg
    Gambar Kalimah Allah Yang Terselamat Dari Kebakaran
    May 30, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)