Baik atau buruk seseorang itu bukannya boleh diukur oleh manusia tetapi Allah yang tentukan samaada dia seorang insan yang mulia atau tidak.
Mulia dan baik dimata manusia tidak menjamin kemuliaan dimata Allah.
Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah.
Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui.
KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT
1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.
2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.
3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.
5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.
8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”
“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“
“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
Kongsikan kisah ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.
Zaidtulakmar
Kisah yg menyentuh hati dan patut di teladani buat yg mampu juga boleh membaca kitab Al Quran agar menjadi lebih baik dan baik lagi….
Jibril
Betul ke ni kisah benar sahabat? Banyak yang tak logik jika di fikirkan dengan lebih mendalam.
1. Siapa mahu percaya kata-kata seorang lelaki yang menyatakan nampak cahaya di kubur? Logiknya jika hari ni berlaku dakwaan nampak cahaya di kubur, pasti kubur Tu esoknya jadi tempat “menurun” atau penyembahan.
2. Jika simati benar-benar cintakan Al-Quran kenapa tidak dia belajar membacanya ketika hidup? Orang buta pun boleh baca apatah lagi mereka yang celik.
3. Kesan airmata? Ini lagi dramatik dari slot drama tv3. Bagaimana boleh kamu claim itu dari titisan airmata? Bagaimana nak mengesahkannya?
Saya Mohon perhatikan Firman tuhan Dalam surah 2/78. Perhati dan renung baik-baik. Kubur Rasul Muhammad pun tak bercahaya bagaimana boleh kamu nyatakan kisah Kami adalah benar?
Fikirkan jika ia bermanfaat.
Dipz
Wahai “Jibril”,
Ada pelbagai manusia di dunia ini, pelbagai keupayaan dan juga pelbagai kekurangan. Arwah bapa saya baru shj meninggal dunia dua minggu lepas. Dia seorang jurutera, berpelajaran tinggi dan seorang pendidik yang sangat mahir dalam bidangnya. Namun, dia juga buta Al-Quran sedangkan bapanya pula guru mengaji. Dia berusaha untuk belajar mengenal huruf hijaiyyah, iqra’ dan sebagainya tapi tetap diperingkat tadika walau umurnya lanjut. Believe me, we tried to teach him too for decades. Seumur hidupnya, arwah menunaikan ibadahnya dengan menghafal surah² dan doa² secara membaca rumi. Dia mempelajari terjemahan surah² serta maksud doa² dan mengenali zat² Allah swt.
Jika fikir mendalam memang tidak logik. Sehingga akhir hayatnya, dia merangkak membaca muqaddam yang bergambar khas untuk kanak² kecil. Muqaddam itulah menjadi penemannya.
Menangis kerana tidak berupaya membaca bahasa arab? Sering. Menangis kerana malu dengan Allah? Sering sekali.
Hidayah itu milik Allah. Kebijaksanaan seseorang muslimin itu atau sesiapa shj juga milik Allah.
Jangan sombong, wahai “Jibril”.
Yang benar,
Anak yang amat merindui Bapanya – seorang Bapa yang penyayang, baik, soleh, taat pada Allah dan Rasul dan tidak putus berzikir.