Dalam apa jua sektor pekerjaan, ilmu, kemahiran dan pengalaman menjadi kayu ukur untuk diterima bekerja selain personaliti seseorang itu. Buat ‘newbie’, mereka akan diberikan latihan terlebih dahulu agar kerja yang dilakukan berjalan lancar lebih-lebih lagi dalam bidang pekerjaan yang ada rḭsik0nya.
Dalam perkhidmatan penerbangan, salah satu aspek penting dalam pemilihan kru adalah berdasarkan kebolehan memberikan layanan terbaik kepada penumpang selain mempunyai kepintaran tinggi dan boleh bekerja dalam pasukan.
Jadi persoalannya adakah mereka secara terus menjadi pelayan di atas kapal terbang? Atau mereka menjalani ‘training’ dan latihan tertentu sebelum menjadi pelayan di atas kapal terbang? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latihan yang dilalui pramugari/pramugara sebelum dibenarkan terbang bersama di atas kapal terbang.
Menurut Singapore Airlines (SIA), setelah kru baru dilantik, mereka akan menjalani latihan ketat selama 15 minggu yang merangkumi pembelajaran di kelas dan juga program latihan kerja. Kursus yang diberi termasuklah latihan asas untuk kemahiran peribadi, latihan untuk tugasan dalam kapal dan juga latihan kesɛlamatan.
Sebelum pelatih kru ‘dilepaskan’, mereka perlu membuat tiga penerbangan untuk memerhatikan dan belajar dari mentor mereka yang menjalankan tugas dalam situasi sebenar.
Berikut gambar-gambar menarik lain semasa latihan kru kabin di Singapura:
Kru diajar untuk berpenampilan menarik dengan menggunakan dua palet alat solek. Rambut pula akan dirapikan mengikut kesesuaian raut wajah.
Dalam kelas sikap dan etiket, pelatih diajar membawa 18 gelas air dengan berat sehingga 5kg sambil mengekalkan senyuman dan postur badan yang betul.
Pelatih kru kabin diajar cara menyediakan makanan dan segala hidangan serta minuman yang disediakan atas kapal. Latihan ini mengambil masa sepanjang dua hari.
Pelatih turut diajar cara menggunakan pemadam apḭ dengan betul.
Pelatih perlu menyelamatkan patung bayi dan orang dewasa dalam latihan kebakaran. Mereka akan bergerak secara berpasangan untuk memastikan keselamatan penumpang.
Pelatih berlatih menggunakan gelongsor pemindahan dari kabin kecemasan.
Tanpa bantuan, pelatih perlu berenang sepanjang kolam setelah melompat setinggi 2 meter ke dalam air.
Paling mengejutkan mereka juga akan melalui latihan dengan lengkap memakai baju kebaya sambil berenang.
Kesimpulannya, menjadi pramugari ini tidak semudah yang kita tengok dan sangkakan. Mereka perlu melalui fasa-fasa sulit sebelum berjaya bergelar seorang pramugari. Bukan hanya perlu cantik semata-mata.