Tarikh Bubar DUN Selangor. Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dibubarkan pada Jumaat lalu, dua hari sebelum genap tempoh penggalannya selama lima tahun pada Ahad. Langkah ini memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran tersebut diumumkan. Dalam artikel ini, kita akan melihat betapa pentingnya proses pembubaran DUN Selangor dalam mengukuhkan demokrasi dan persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri(PRN) yang akan datang.
Pembubaran DUN Selangor adalah satu langkah yang penting dalam proses demokrasi. Ia membolehkan rakyat Selangor untuk mengambil bahagian secara aktif dalam memilih wakil-wakil mereka yang akan mewakili kepentingan dan aspirasi mereka di peringkat negeri. Ini menunjukkan betapa pentingnya penyertaan rakyat dalam proses politik dan pengambilan keputusan.
Dengan penentuan tarikh bubar Dun Selangor ini maka dengan ini akan memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.
Bila Tarikh Bubar DUN Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari, iaitu Menteri Besar Selangor, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini 19 Jun 2023. Maka dengan ini tarikh bubar DUN Selangor adalah berkuatkuasa pada 23 Jun 2023.
DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi dengan 41 daripadanya adalah milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Pada bulan februari lepas, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri(PRN) masing-masing.
Selain Selangor, lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang yang ditadbir PH, manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu pula di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, sebelum ini memaklumkan Kelantan akan membubarkan DUN pada Khamis ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula, dijangka menyembahkan cadangan untuk pembubaran DUN Kedah pada 28 Jun 2023 ini, sekaligus PRN diadakan serentak bersama lima lagi negeri lain.
Ia menjadikan Kedah negeri keempat mengumumkan tarikh pembubaran DUN selepas Kelantan, selain Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing pada 28 dan 30 Jun.
Sehingga semalam(18 Jun 2023), hanya negeri Terengganu sahaja yang masih berteka-teki berikutan belum memutuskan tarikh pembubaran DUN negeri itu, walaupun tempoh penggal pentadbirannya genap lima tahun pada hujung bulan ini.
Sultan Selangor Perkenan Bubar DUN Jumaat Ini, Memberi Laluan Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN)
Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor: Meskipun Pembubaran Dewan Negeri Lebih Awal, Harapan Doa dan Kesihatan Baginda
Tarikh Bubar DUN Selangor. Pada Istiadat Pengisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Selangor ke-14, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menegaskan bahawa meskipun tarikh pembubaran berkuatkuasa pada 23 Jun 2023, istiadat diadakan lebih awal kerana Baginda akan berangkat menunaikan fardu Haji pada 20 Jun 2023. Baginda dijangka kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji pada 4 Julai 2023.
Selain itu, Baginda turut memaklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor dan rakyat jelata bahawa pada 28 Julai 2023, Baginda akan berangkat ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan (surgery) Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) yang akan diketuai oleh Dr. Tev Aho. Baginda dijangka akan kembali ke tanah air pada 15 Ogos 2023, dan jika kesihatannya mengizinkan, Baginda berharap untuk berangkat lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.
DYMM Sultan Selangor berharap agar seluruh rakyat dapat mendoakan agar Allah Subhanahu Wata’ala mempermudahkan segala urusan Baginda dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ketika menjalankan ibadah haji dan mendapatkan haji yang mabrur. Baginda juga berharap agar rakyat jelata dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda semasa menjalani rawatan di London dan agar Baginda pulih sepenuhnya seperti sediakala.

Tarikh Bubar DUN Selangor. Istiadat Pengisytiharan Pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini turut disaksikan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Ahli-ahli Dewan di-Raja, Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah, YB Speaker Dewan Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Penasihat Undang-undang Negeri, dan YB Pegawai Kewangan Negeri.
Dalam suasana ini, marilah kita semua bersama-sama mendoakan kejayaan, kesihatan, dan kesejahteraan Baginda Sultan Selangor dalam perjalanan menunaikan ibadah haji dan menjalani rawatan di London. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala mempermudahkan segala urusan Baginda dan memberikan kesembuhan yang sempurna.