BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kacak Mengalahkan Fattah Amin! Inilah Wajah Terkini “Ceplos” Yang Buat Ramai Wanita Cair

ammar

Drama bersiri yang bertajuk “Ceplos” suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena di negara ini. Walaupun nama Shazrin Shazwan(pemegang watak ceplos) tidaklah terkenal seperti Fattah Amin, namun lakonannya yang menjadi membuatkan ramai suka menonton drama Ceplos.

Ceplos adalah drama bersiri lawak seram yang mengisahkan seekor jin baik yang bernama Ceplos.

Tidak Kisah Diberi Watak Sebagai Jin Atau Hantu

Pelakon yang popular dengan drama bersiri Ceplos, Muhammad Shazrin Shazwan menjelaskan tidak kisah jika sering diberi watak sebagai jin atau hantu dalam drama atau filem.

Muhammad Shazrin sebaliknya berkata, dia bersyukur dengan peluang diberikan oleh penerbit drama atau filem dan menyifatkan sebagai rezeki dalam bidang lakonan.

“Saya tidak kisah sering dikaitkan dengan watak jin atau hantu kerana menerusi peranan itu yang telah mempopularkan diri saya terutamanya melalui siri Ceplos.

“Tiada ada sebab untuk saya merungut kerana itu adalah rezeki saya dalam bidang ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika diberi peluang dia ingin membawa watak yang lebih mencabar seperti memegang peranan sebagai gengster, orang hilang upaya dan sebagainya.

Ujarnya, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan secara tidak sengaja tetapi setelah beberapa ketika melakukannya dia semakin cintakan bidang itu.

“Saya sebelum ini hanyalah seorang pembantu kepada jurukamera tetapi sejak berlakon saya semakin seronok dan mula mendalami selok-belok mengenai lakonan.

“Sudah tentu saya ingin mengembangkan sayap sebagai pelakon yang berkaliber dan berkebolehan memegang pelbagai watak,” ujarnya.

Shazrin Shazwan

Dalam pada itu, Muhammad Shazrin berkata, pengalaman membintangi filem pertamanya, Pak Pung arahan Fauzi Nawawi cukup mencabar kredibiliti sebagai pelakon.

Ujarnya, walaupun masih memegang watak jin dalam filem tersebut, tetapi menurutnya ia berlainan daripada sebelum ini kerana perlu memainkan peranan sebagai jin lembut.

“Susah sebenarnya nak membawa watak lembut kerana perlu membuat lenggok badan yang lemah gemalai dan gaya percakapan berbeza. Bagaimanapun Abang Fauzi banyak membantu dalam menghidupkan watak tersebut.

“Bagaimanapun saya seronok dapat memegang watak ini kerana ia memberi saya banyak pendedahan dalam teknik lakonan,” ujarnya.

Shazrin Shazwan ceplos

Dimanakah Ceplos Sekarang?

Setelah lakonannya di dalam drama bersiri Ceplos, Shazrin Shazwan sudah jarang kelihatan berlakon di dalam drama-drama lain. Dimanakah dia menghilang? Menerusi pemerhatian kami di laman sosial facebooknya, Shazrin Shazwan masih lagi aktif dalam bidang seni namun berada disebalik tabir dan tidak lagi berlakon seperti dahulu. Apa-apapun kami doakan semoga Shazrin Shazwan terus maju jaya dalam segala bidang kerjaya yang beliau ceburi.Shazrin Shazwan pelakon ceplos

ARTIKEL LAIN  Fara Fauzana Batal Kahwin, Hafiz Buka Mulut
Prev Article
Next Article

One Response

  1. zik

    hantu, mana2 hantu… lagu dia pun best.. dah lama tak nampak dia… dah besar , matang pun ya..

    August 14, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gadis dipeluk
    Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Penyanyi KPOP
    April 29, 2019 0
  • gambar-pelakon-diari-ramadhan-rafique
    Wajah Terbaru Pelakon Drama Diari Ramadhan Rafique
    June 20, 2015 0
  • Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun Pelakon Drama TV3
    Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun
    July 14, 2016 4
  • Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah
    Sinopsis Penuh Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)
    July 24, 2018 0
  • bapa ummi nazeera dipenjara 31 tahun.jpg
    Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun
    November 27, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)