BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kerana Fitnah Dari Wanita Durjana, Raja Afiq Jual Roti Jala dan Tiada Tawaran Berlakon

ammar January 13, 2018

Menjadi seorang pelakon popular sentiasa tidak pernah lari daripada gosip. Ada gosip yang baik dan ada juga gosip yang tidak baik yang terpaksa dilalui oleh seorang artis popular.

Terbaru, pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri bertaju Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq terpaksa melalui detik sukar dalam hidup apabila dikaitan dengan gosip liar menghamilkan seorang gadis hingga melahirkan bayi hasil hubungan sulit.

Bagi kami, gosip itu sungguh kejam kerana telah menjejaskan periuk nasi pelakon baru itu. Raja Afiq mendakwa, terpaksa berniaga roti jala dan brownies untuk menampung hidup selepas tidak lagi menerima tawaran berlakon gara-gara terkait dengan gosip itu.

Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 25, berkata sejak gosip itu bertebaran hampir tiga bulan lalu, tawaran berlakon mula menjauhi apabila namanya digugurkan pada saat akhir.

Disebabkan tiada lagi tawaran berlakon, kini memaksanya mencari sumber pendapatan lain untuk menanggung keluarga.

“Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.

“Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.

“Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga.

“Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar,” katanya dalam nada hiba.

Selama ini, dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu melayan isu panas yang tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya.

“Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu,” katanya.

Baginya, cukup dia menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT kerana percaya, doa orang teraniaya akan dimakbulkan.

“Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis.

“Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut dipalit sama.

“Ia ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir,” katanya.

Betapa buruknya kesan memfitnah kepada orang yang tidak bersalah. Diharap ada pihak yang peka dan ambil tahu mengenai nasibnya ini supaya nasibnya terbela. Orang yang tidak bersalah tidak sepatutnya dihukum tetapi orang yang menfitnah itu seharusnya dihukum. Ingat, doa orang yang teraniaya itu makbul.

Semoga ada sinar harapan buat pelakon baru ini. Kami doakan supaya Raja Afiq sentiasa berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Semoga diberika ketabahan dan kekuatan.

    January 14, 2018

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • gambar restoran fizo mawar kitchen.jpg
    Fizo Terkilan Dengan Kritikan Blogger Mengenai Servis …
    January 8, 2016 3
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Sinopsis Penuh Drama Jangan Benci Cintaku Slot …
    July 17, 2018 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 12
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 12
    August 2, 2016 0
  • Kesan Love Bite
    Viral Gambar Kesan “Love Bite” Pada Leher, …
    November 23, 2016 2
  • Semerah Cinta Humairah Episod 2
    Semerah Cinta Humairah Episod 2 Drama Slot …
    July 25, 2018 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2022 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network