BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jangan Benci Cintaku Episod 20 Drama Slot Akasia TV3

ammar July 26, 2018

Jangan Benci Cintaku Episod 20. Drama baru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Jangan Benci Cintaku sebuah drama lakonan hebat hero iaitu Saharul Ridzwan dan heroinnya adalah Zahirah Macwilson.

Hari ini 26 Julai 2018, drama Jangan Benci Cintaku telah masuk episod ke-20. Untuk mengetahui apa yang terjadi dalam Jangan Benci Cintaku Episod 20 ini, anda boleh menonton drama ini secara langsung di TV3 jam 7.00 malam ini.

Jangan Benci Cintaku turut dibintangi pelakon terkenal Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross dan ramai lagi.

Mula bersiaran pada 29 Jun 2018 yang lepas dan sejak daripada tayangan itu sehingga sekarang, drama ini berjaya menarik tontonan ramai. Jumlah penonton drama ini semakin hari semakin bertambah. Mungkin kerana jalan ceritanya yang menarik dan dapat memainkan emosi penonton, ianya menjadi daya tarikan buat semua.

Tidak hairanlah drama ini menjadi tular di media sosial seperti facebook. Nama Husna tiba-tiba menjadi perbualan hangat dalam kalangan nitizen dek kerana wataknya yang antagonis dan tidak disukai ramai. Tahniah diucapkan kepada Niena Baharun kerana telah berjaya membawa watak itu dengan jayanya. Sehinggakan ramai netizen beremosi dengan watak Husna.

Jangan Benci Cintaku Episod 20

Jangan Benci Cintaku Episod 20 Drama Slot Akasia TV3

Sebelum kita menonton episod ke-20 mari kita imbas kembali apa yang terjadi pada episod ke-19.

Emak Shah dan Nek Pah ke rumah Shah. Dan seperti biasa, Nek Pah tidak habis-habis menyindir Fika apabila Shah membuat air untuk tetamu. Tiba-tiba Nek Pah memanggil Shah ke luar untuk bercakap.

Nek Pah memberitahu mengenai keadaan Husna yang berada di hospital sekarang. Nek Pah memaksa supaya Shah pergi melawat Husna yang sedang sakit di hospital.

Fika mendengar perbualan Nek Pah dan Shah. Kerana Fika telah mengetahui hal itu, Fika sendiri menyuruh Shah pergi melawat Husna yang sedang sakit di hospital.

Shah menjaga Husna sehingga lewat malam. Shah mahu pulang tetapi Husna tidak membenarkan. Dalam masa sama, rumah Shah dimasuki oleh penjahat. Husna hampir dir0gol oleh penjahat itu. Mujurlah Irwan datang secara tiba-tiba ke rumah Shah lalu menolong Fika yang hampir dir0gol itu.

Keesokan pagi itu Shah pulang dan melihat Irwan dirumahnya. Dengan tidak berfikir panjang Shah teruk menumbuk muka Irwan. Ayah dan emak Fika terus muncul dan menceritakan perkara sebenar. Shah menangis keesak-esakan dan memohon maaf kepada Fika.

Fika mahu Shah melepaskannya tetapi Shah berkata dia masih sayangkannya dan tidak mahu melepaskan isterinya itu. Fika telah membuat keputusan untuk tinggal bersama ibunya.

ARTIKEL LAIN  Jangan Benci Cintaku Episod 17 Drama Slot Akasia TV3

Sebulan berlalu, masing-masing membawa diri, Husna, Shah dan Fika. Fika mahu tinggal di hotel dan secara tiba-tiba Shah muncul dan mengajaknya untuk ke Perth, Australia. Mereka berdua pergi bercuti untuk menenangkan fikiran. Shah tidak melayan Husna walaupun berkali-kali dihubungi Husna….Jangan Benci Cintaku Episod 20.

Jangan Benci Cintaku TV3

Judul Drama : Jangan Benci Cintaku

Jumlah Episod : 28 episod

Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018

Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Siaran TV : Slot Akasia TV3

Penulis Skrip : Farhana Fauri

Pengarah : Pali Yahya

Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross, Nada Nursyuhada, Laila Nasir, Zul Edward, Meor Mohd, Emelie Hanif, Elya, Farah, Ayu Azlina, Siti Ruwiyani, Ainin Batriya.

Lagu Tema/OST

Aizat Amdan – Sampai Ke Hari Tua

Misha Omar – Sampai Bila

Barisan Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat

Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Daler Yusuf sebagai Irwan

Amelia Henderson sebagai Damia

Esma Dainal sebagai Tuan Shariman

Dilla Ahmad sebagai Zaida

Azizah Mahzan sebagai Nek Pah

Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin

Zul Edward sebagai Uncle Jay

Laila Nasir sebagai Puan Julia

Emelie Hanif sebagai Nelly 

Meor Mohd sebagai Hazri

Tonton Full Drama Jangan Benci Cintaku

Anda juga boleh menonton secara penuh(full) drama ini melalui laman web Tonton. KLIK SINI untuk tonton penuh drama ini. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu akaun anda dan jika anda telah mempunyai akaun di Tonton anda hanya perlu “login” sahaja akaun anda untuk tontonan.

Drama Jangan Benci Cintaku ini sebanyak 28 episod kesemuanya. Jangan lupa untuk mengikuti drama ini sehingga tamat. Boleh klik pada “episod” di bawah ini untuk menonton drama setiap episod.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari
    Sinopsis Penuh Drama Pengantin 100 Hari Samarinda …
    July 12, 2018 1
  • respon2520peminat2520selepas2520stacy2520peluk2520islam1
    Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk …
    August 25, 2015 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 16
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 16
    August 9, 2016 0
  • Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup Miliki Ganja dan Pedang Samurai
    Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup …
    September 26, 2016 0
  • yus kumpulan jambu meninggal dunia.png
    Al-Fatihah Yus Jambu Meninggal Dunia
    November 29, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)