BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

“Kalau Kat Highway Aku Kanan Je”. Imran Bard Respon Kepada Yang Ketawakan Dia Pakai Kancil

ammar

Kemunculan pempengaruh atau influencer terkenal bernama Imran Bard di media sosial beberapa tahun ini semakin menjadi perhatian ramai apabila namanya mula meningkat popular selepas menjadi salah seorang model kepada pereka fesyen terkemuka Hatta Dolmat. Bermula dengan menghasilkan video lucu membuatkan ramai rakyat Malaysia terhibur dan mengikuti Imran Bard di media sosial.

Beliau yang juga youtube dan tiktoker terkenal menganggap tahun 2022 merupakan episod baru dalam kehidupannya. Sememangnya diakui tahun 2022 menjadikan hidupnya penuh kejutan.

Imran Bard

Anak jati Melaka yang berusia 21 tahun itu menyifatkan pengalamannya berjalan di pentas fesyen berprestij itu merupakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

” Semua yang berlaku ini sangat cepat, saya sangat teruja. Dalam perjalan hidup saya , ada kejutan yang datang dengan tiba-tiba. Dalam kegembiraan, namun ada juga kisah sedih yang saya tak tunjuk.

“Sejak dahulu lagi saya selalu berangan-angan nak berjalan di pentas fesyen. Tak sangka secepat ini ia berlaku. Dengan tiba-tiba abang Hatta jemput untuk catwalk, kongsinya kepada mStar.

Baru-baru ini Imran Bard kembali menjadi perhatian kerana telah berkongsi bahawa dia telah membeli sebuah kereta kancil lama secara tunai. Ramai yang tidak tahan menahan gelak ketawa apabila menonton perkongsiannya membawa kereta lama yang banyak masalah itu ke Kuala Lumpur.

Dalam satu rakaman video terbaru ini, Imran Bard yang terkenal dengan karakternya yang lucu dan ke arah makcik-makcik kepoh itu ada memberi motivasi kepada semua supaya janganlah kita merasa rendah diri memandu kereta yang mampu milik.

Berikut adalah video yang telah tular itu:

@xtra_my Lorong kanan ekk😅 hati-hati Imran nanti kena saman pula🤪🍂 #fyp #xtramy #imranbard #kancil #turbo #viral #beritatiktok #SembangEntertainment ♬ original sound – XTRA

Menerusi video tersebut, Imran juga memberitahu tidak akan melayan mulut-mulut makcik bawang yang menghakimi anak-anak muda yang suka melihat dari aspek kebendaan sahaja.

ARTIKEL LAIN  Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan Kaki Pukul

Imran merupakan pelajar jurusan kulinari telah mencapai populariti secara agak drastik selepas video di youtube channelnya mendapat sambutan hangat.

Perkongsian pempengaruh yang cukup terkenal dengan dialog ‘ghisau ghisau’ di tiktok itu telah mengundang reaksi warganet yang bersetuju dengan perkongsian disamping merasa lucu dengan cara penyampaiannya itu.

Imran yang berketinggian 180cm juga berkongsi apabila ditanya oleh Kosmo tentang dunia lakonan.

Kata Imran” saya orang biasa-biasa sahaja. Cekak itu memang ‘trademark’ saya.

za

“Tentang berlakon, mana ada. Takdelah, saya tak good looking nak jadi seorang pelakon. Kongsinya ketika ditemubual oleh Ain Edruce dalam segmen LimaLetop Youtube hurr.tv

Beliau cukup terkenal dengan gelagatnya yang bersahaja. Pada mulanya beliau hanya melihat rakan-rakannya bermain tiktok. Sebelum itu dia sendiri tidak pernah menggunakan tiktok.

“Tengok member-member main tiktok kemudian blow up. Jadi saya pun terpanggil untuk mencuba bermain tiktok ,saya hanya mencuba manalah tahu rezeki, kita pula dapat naik.

Sehingga kini channel Youtube Imran Bard telah mencecah lebih 275,000 Subccriber, ianya sebagai bukti bahawa pengikutnya cukup suka dengan kandungan di Youtubenya.

Benarlah kata orang, ‘Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa yang tahu.

Disebabkan itu satu video yang dimuatnaik Imran yang bertajuk Dalgona Candy kini telah meraih 1 juta tontonan.

zz

Trademark dialog ‘ghisau-ghisau’ beliau telah menjadi fenomena sehinggakan ramai selebriti tanah air telah menggunakan suara dan dialonya dalam video ciapan di tiktok seperti Fazura dan Ben Amir.

Perkongsian Imran mengenai Kereta Kancil Turbo dapat kita jadikan pengajaran bawah usah malu dengan apa yang kita miliki. Tetaplah bersyukur walau apa juga yang direzekikan. Selagi kita tidak menyusahkan orang lain dan menggunakan harta benda hasil usaha kita, teruskan sahaja dan tidak menoleh ke belakang lagi.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kambing pelik
    (Video) Seramnya… Gaya Pelik Kambing Hitam Berjalan …
    May 13, 2024 0
  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0
  • orang kelantan
    Lelaki di Kelantan dan Terengganu Paling Pendek …
    February 27, 2019 0
  • bot rohingya
    Dua Bot Rohingya Tunggu ‘Line Clear’ Untuk …
    May 11, 2020 0
  • cikgu azizan
    Cakap Tak Serupa Bikin. Bapa Murid Kes …
    December 20, 2017 2

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)