BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri

ammar

Baru-baru ini viral satu video seorang remaja melakukan khianat di kedai serbaneka terkenal Family Mart.

video 1 minit 10 saat tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial yang memaparkan seorang remaja lelaki bersama rakannya yang lain masuk ke premis dan merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman.

Dalam video yang dimuat naik oleh rakannya yang menggunakan akaun Instagram luqbubbles, jelas kelihatan remaja lelaki itu memicit-micit roti, membuka minuman dan merosakkan beberapa jenis makanan yang lain.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam tadi dan pihak polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam.

“Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” – Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar.

Menurut pihak polis, mereka kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Serah Diri di Balai Polis

Setelah video itu viral dan remaja itu dikehendaki polis, mereka dikatakan telah menyerah diri di balai polis.

Remaja lelaki di dalam video yang tular semalam bersama dua orang lagi rakannya dipercayai perakam dan pemilik Instagram luqbubbles itu datang ke balai polis Nilai, Negeri Sembilan sebaik sahaja menyedari polis sedang mencari mereka.

Remaja lelaki di dalam video yang tular semalam bersama dua orang lagi rakannya dipercayai perakam dan pemilik Instagram luqbubbles itu datang ke balai polis Nilai, Negeri Sembilan sebaik sahaja menyedari polis sedang mencari mereka.

ARTIKEL LAIN  Pakar Hartanah Jawab Isu Jangan Beli Rumah Waktu Muda

Menurut @aqilahkamal_, gambar ‘geng picit roti’ itu dikongsi oleh kakaknya dan tidak diberitahu sumber dari mana tetapi jelas kelihatan latar belakang gambar tersebut adalah di dalam pejabat di dalam polis.

geng rempit picit kuih roti kena tangkap polis

Semalam mereka sempat membuat video permohonan maaf secara terbuka kepada semua netizen di Instagram dan mendakwa mereka telah memohon maaf kepada semua pekerja di Family Mart serta bertanggungjawab untuk membayar balik semua yang sudah dirosakkan.

Namun, tidakan memohon maaf itu tidak lagi bermakna apa-apa apabila kes yang tular itu menjadi kes polis. Apa-apa pun biarlah pihak polis yang menyelesaikan perkara ini. Kes ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua rakyat di Malaysia.

Perbuatan khianat adalah perbuatan yang salah dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Syabas kepada netizen Malaysia. Kecaman anda berjaya membuat remaja ini tunduk dengan undang-undang Malaysia.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • remaja kahwin muda
    Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang
    May 29, 2020 0
  • gambar lelaki gemuk tipu duit orang.jpg
    Hati-Hati Dengan Lelaki Gemuk Penipu Ini
    December 29, 2015 7
  • lando-zawawi
    Lando Zawawi Sekolahkan Ustaz Ebit Lew Sebab …
    April 25, 2020 0
  • kesilapan memalukan dalam polis evo.png
    10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis …
    November 13, 2015 5
  • One Community Worldwide Tipu
    One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna …
    November 8, 2016 11

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)