Beberapa hari ini mula viral di laman sosial facebook mengenai satu kes penipuan yang berlaku di Utara tanah air.
Penipuan ini sedikit unik berbanding dengan penipuan-penipuan lain yang berlaku sebelum ini di negara kita. Penipuan ini menggunakan “karnival kerjaya” sebagai modal untuk menarik lebih ramai lagi mangsa. Yang menjadi mangsanya sudah tentu adalah golongan yang inginkan kerja atau penganggur.
Melalui laman facebook Scammer Malaya, pihaknya mendedahkan penipuan yang dibuat oleh penganjur karnival ini.
CHECKMATE! Scammer Karnival Kerjaya JOBSIFU DIKESAN (Nak jugak pakai word Checkmate! ngahaha).
ALOR SETAR: SCAM penganggur buat Karnival Kerjaya, kata ada 5000 jawatan kosong ready, siap logo Celcom, logo TM. Padahal, satu borang dia jual RM10, minimum kena beli 5 borang. Penat la depa beratoq panjang kat Loqstaq tuu… Ciannn
..FB dia dah tutup!! Sebarkannnn
#jobsifu << klik sini bagi yang tak tahu.
Sekarang tengah #viral isu satu karnival kerja anjuran #jobsifu yg dibuat di Alor Setar. Orang ramai pergi, tapi tiada pun kerja kosong. Wakil dari syarikat pun tiada.
Yang ada hanyalah
1) Booth produk kecantikan, produk untuk dropship
2) Booth Insurance
3) Satu borang di kenakan caj rm10 dan wajibkan ambil 5 borang.Ramai anak muda yg datang jauh, kerana dijanjikan 5000 kerja kosong di flyers berkenaan event ini.
Sampai ada turun dari kl,
Sampai penuh hotel,
Bersesak panas dengan bawa keluarga dan lain-lain.
Terbaru menerusi Sinar Harian melaporkan kes ini dengan tajuk “Penganjur karnival boleh didakwa“.
Kerajaan negeri Kedah dan syarikat gergasi boleh mengambil tindakan terhadap penganjur Ekspo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017 yang diadakan selama dua hari di sebuah hotel, di sini, kerana menggunakan gambar dan logo syarikat tanpa kebenaran.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, penganjur didapati meletakkan gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada iklan promosi.
“Bagaimanapun, saya mendapat maklum balas bahawa kerajaan negeri tidak ada kaitan sama sekali dengan penganjuran karnival dua hari itu, sama ada dari aspek penganjuran ataupun tajaan.
“Karnival kerjaya berkenaan dianjurkan pihak swasta. Manakala, Menteri Besar Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hanya menerima jemputan menghadiri program,” katanya ketika ditemui di Pejabat Cake, Simpang Kuala, di sini.
Bagaimanapun, kata Yusrizal, Datuk Ahmad Bashah memutuskan tidak dapat memenuhi jemputan menghadiri program karnival kerjaya disebabkan alasan tertentu.
Menurutnya, logo beberapa syarikat gergasi terdiri dari gas dan petroleum, telekomunikasi, automotif, perbankan, pemasaran dan profesional dikesan tertera pada iklan lain.
“Apabila, pihak Cake menghubungi syarikat gergasi yang logo terdapat dalam poster. Semuanya menafikan sebarang penglibatan dalam karnival kerjaya itu,” katanya.
Katanya, sebaliknya lapan syarikat lain yang mengambil bahagian dalam karnival kerjaya itu, yang sama sekali jauh berbeza dari sangkaan pengunjung.
“Tindakan terbabit menimbulkan kemarahan pengunjung disebabkan kebanyakan jawatan ditawarkan hanyalah jurujual ataupun ejen semata-mata.
“Jadi, pengunjung marah kerana jawatan ditawarkan tidak memerlukan kelulusan SPM, diploma mahupun ijazah dimiliki mereka, selain didakwa dikenakan bayaran RM10 untuk setiap borang permohonan,” katanya.
Katanya, masing-masing merasakan diri tertipu dengan iklan promosi yang memaparkan lebih 5,000 kerja kosong melibatkan lebih 80 syarikat, malah turut tertera pendaftaran percuma dan boleh dilakukan secara atas talian.
Sementara itu, seorang graduan sarjana bio proses sebuah universiti tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 28, berkata, dia ke karnival kerjaya itu dengan harapan mendapatkan pekerjaan tetap.
Menurutnya, dia beratur selama dua jam dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang sebelum pulang berikutan keadaan sesak dengan kehadiran orang ramai.
Katanya, dia mendapati sesi pendaftaran ditutup dan barisan panjang orang ramai sudah tiada apabila ke karnival semula sebelah petang.
“Jadi, saya mula ragu-ragu. Malah, rakan yang berjaya masuk maklumkan mereka terpaksa keluarkan wang RM80.
“Nasib saya baik sebab tak terkena, tetapi tetap hampa sebab karnival tak seperti diharapkan,” katanya.
Katanya, dia berkunjung ke karnival dengan harapan dapat merebut jawatan ditawarkan, memandangkan hanya bekerja separuh masa selepas menamatkan pengajian tahun lepas.
“Sebelum ini saya dengar karnival kerjaya ini tawarkan 5,000 jawatan melibatkan 80 syarikat besar.
“Saya sudah berkunjung banyak karnival kerjaya. Ini kali pertama macam ini. Bayangkan, ada yang datang dengan mak ayah mereka, memang boleh nampak kesedihannya,” katanya.
Susulan itu, katanya, dia membuat laporan kepada Cake bagi memastikan peristiwa itu tidak akan berulang kembali.
Sumber Asal:
- https://www.facebook.com/Sekammalaya/posts/1670053533068650
- http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/penganjur-karnival-boleh-didakwa-1.738233
- https://www.facebook.com/haniffsofian8/posts/10212851933924945
- https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1404776202950873&id=862917880470044
Mazni Azmi
Macam macam sekarang ni. Mentang mentang orang terdesak
ambil kesempatan