Ada orang kata, menjadi lelaki ini susah kerana perlu menjaga banyak hati. Jika lelaki yang sudah berkahwin selalunya yang menjadi masalah adalah apabila perlu menjaga kedua-dua hati iaitu isterinya dan ibunya(selalunya terjadi).
Tambahan pula, ada orang kata wanita ini sedikit cerewet berbanding lelaki tetapi benarkah? Mungkin ada benarnya dan mungkin ada tidak benarnya.
Pernahkah anda mendengar ayat ini, “Kalau kau berkahwin nanti kalau boleh jangan duduk rumah mak ayah atau mertua, cari rumah sendiri walaupun menyewa sekalipun”.
Mungkin ramai sudah mendapat pesanan itu. Pesanan itu ada logiknya juga jika dikaitkan dengan kisah yang ingin disampaikan ini. Jom kita baca dan renung kisah seorang suami yang menceraikan isteri kerana isterinya bergaduh dengan emaknya. Kisah ini terjadi apabila pasangan suami isteri ini tinggal bersama keluarganya setelah berkahwin.
Ikuti kisah yang dikongsi oleh seorang peguam bernama Farizal Radzali ini.
Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak memang tak boleh la kan. Tak pasal-pasal dapat status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.
Mereka dah kahwin 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kahwin mereka memang tinggal bersama parent lelaki sebab si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.
Terfikir jugak. Memang betul apa yang dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?
Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sangat? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ini. Cukuplah andai dia boleh bekerja dan menyara hidup anak isteri.
Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yang tak sama. Nak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dalam familinya.
Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tak nak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kahwin, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?” haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kahwin dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?
Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan. Malas masuk campur dengan harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua-dua pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!
Sebab tu digalakkan pasangan yang dah berkahwin, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dengan kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat. Ziarahlah ibubapa selalu. Mula-mula akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak ayah lepas kahwin. Lama kelamaan akan ok bergantung kepada bagaimana layanan kita pada mak ayah. Itu lebih baik dari mula-mula manis tapi lama-lama jadi pahit.
Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah untuk menemani Adam. Bukan menemani orang lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sebagai pemimpin yang mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.
Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yang tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?
Kepada para lelaki, sila baca sejarah.
Sekian….
Sumber Asal: Farizal Radzali
Pengajaran Dari Kisah Ini
Mungkin ada betulnya bila orang berkata jika sudah berkahwin jangan tinggal bersama mak ayah. Tetapi kita tidak boleh pukul rata dalam kes sebegini. Mungkin ada keluarga yang harmoni walaupun tinggal bersama mak ayah walaupun sudah berkahwin. Apa yang penting dalam hal rumahtangga adalah suami perlu memainkan peranan penting. Jangan mengharapkan si isteri sahaja untuk mengalah. Suami perlulah memikirkan cara terbaik untuk menghadapi masalah antara isteri dan ibu sendiri.
Betul kata orang syurga di bawah tapak kaki ibu tetapi adilkah kita apabila hendak mengejar syurga semata-mata tetapi meninggalkan anak isteri yang tidak bersalah?
Lelaki sebagai pemimpin, jika perempuan silap bimbinglah semoga menjadi orang-orang yang baik dan diredhai oleh Allah. Insyaallah.
kak jah
kes camni suami yg kena main peranan besar.. bukannya bila da rimas tahap x leh nak hadap x leh nak hadam pegi ceraikan isteri.. mertua pun sama.. mana boleh campur urusan rumahtangga anak walaupn dok serumah,.. ini yg ada mertua esp mak x sanggup nak kongsi kasih sayang anak lelakinya dengan menantu.. da gitu kenapa dibenarkan kawin.. aku x paham manusia jenis ni..
ery
saya ada mak sorang je . saya niat mmg nak jaga mak saya. tapi mak saya selalu berselisih faham. bukan saja dgn isteri. malah anak. dan juga saya sendiri. saya tahu syurga di bawah kaki mak. Allah saja saksi saya, saya terima dan redha ketentuan ini. saya percaya ujian yg Allah beri pada saya ni sebenarnya satu hikmah. saya saja masih tak tau apa hikmahnya. doakan ibu saya sedar yg perbuatannya tak membantu malah mengeruhkan lagi keadaan. tak mungkin saya nak lihat mak saya keluar. tapi kalau boleh biarlah hati ini gembira melihat keluarga ni ceria. bukannya bermasam muka saja. apa dosa saya ibu ?