BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kata-kata Terakhir Fazura Buat TMJ Sebelum Berkahwin

ammar

kata-kata terakhir fazura untuk tmj.jpg Kata-kata Terakhir Fazura Buat TMJ Sebelum Berkahwin

Pasti ramai yang masih ingat kerabat Diraja Johor pernah dikaitkan dengan seorang artis ini. Artis iaitu Fazura pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pewaris takhta Johor, Tunku Mahkota Johor Darul Takzim Tunku Ismail Ibrahim ibni DYMM Sultan Ibrahim.

Namun, cinta TMJ dengan Fazura tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. TMJ telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya iaitu Che Puan Khaleeda Binti Bustamam. Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah selamat di ijabkabulkan dalam istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Pasangan TMJ dan Che Puan Khaleeda disatukan dalam majlis tertutup bertempat di Istana Bukit Serene.

Apa yang Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

“Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” kata portal tersebut.gambar perkahwinan tunku mahkota johor dan che puan khaleeda bustaman.jpg

Siapakah Che Puan Khaleeda Binti Bustamam? Berikut adalah biodata penuh Che Puan Khaleeda:

  • Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
  • Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George’s Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
  • Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.
ARTIKEL LAIN  Ini Sebab Mengapa Banglo Mewah Dato Seri Vida Kosong Tanpa Perabot
Prev Article
Next Article

One Response

  1. anuar

    Oh.. begitu alkisahnya.. barulah saya tahu.. semoga perkahwinan TMJ dan pasangan berkekalan hingga akhir hayat..

    December 13, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pengasuh siti
    Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi, …
    June 26, 2019 0
  • Aiman Tino rebus ketupat sampai hangus
    Aiman Tino Rebus Ketupat Sampai Hangus
    June 14, 2019 0
  • Eyra Hazali
    Eyra Hazali Percaya Bakal Suami Bukan ‘Kaki …
    June 13, 2019 0
  • mawar dan fizo
    Mungkin sampai di sini sahaja untuk saya …
    July 10, 2019 0
  • Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah
    Sinopsis Penuh Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)
    July 24, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)