BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Wany Hasrita Tak Salah, Kemungkinan Ada Unsur Sabotaj

ammar

Beberapa jam yang lepas viral satu mesej yang dikatakan dari kelab peminat Wany Hasrita iaitu Wanynizers memohon sponsor untuk majlis hari jadi dari BallonBar Enterprice.

Dalam mesej yang ditularkan oleh BallonBar Enterprice, dia mengaku adalah dari kelab peminat Wany Hasrita iaitu Wanynizers.

Cara mereka meminta sponsor itu menjadi tular kerana dilihat tidak profesional dan tiada adab.

BalloonBar Enterprice pada awalnya menulis seperti di bawah:

Agak beradab juga caranya meminta SPONSOR …lagi manisss sangat sangat DI TANYA KITA BAGAIMANA huuu!!!!

Adik Manis rasa adik Manis sedang dealing DEAL dengan siapa?

Adik manis tau tak ..SUAMI FAZURA yang femes meletop tu pun nak berurusan dengan kakak penuh sopan santun walaupun kakak hanya menjual Belon.Dan DIA YG FEMES tu pun BAYARRR PERKHIMATAN kakak.

Kakak TERKESIMA dengan msg msg BUDAK BUDAK baru nk up ni.ballonbars

Namun, terkini Wany Hasrita sendiri menafikan mengenai mesej yang tular di facebook itu. Menurutnya, beliau menafikan mesej tular di laman sosial sejak semalam membabitkan peminat meminta tajaan bagi menjayakan sambutan ulangtahunnya pada 23 Disember ini adalah jawatankuasa kelab peminatnya.

Tambahanya lagi, individu yang menghantar mesej kepada bakal penaja dan dikatakan tidak beradab itu bukan daripada ahli jawatankuasa (AJK) kelab peminatnya, Wanyhasnizers.

Selain itu nombor telefon yang digunakan individu itu tidak ada dalam senarai daftar AJK atau ahli kelab peminatnya.

“Apabila perkara ini tular, ketua kelab peminat menghubungi pihak itu meminta nombor telefon individu terbabit.

“Malangnya nombor itu tidak wujud dalam senarai ahli dan saya beranggapan dia orang luar. Saya tidak mahu tuduh apa motif sebenar dia berbuat sedemikian. Sama ada mahu sabotaj atau ada agenda lain, saya pun tak tahu.

ARTIKEL LAIN  Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya P.Ramlee

“Cuma saya berterima kasih kepada pihak yang tularkan perkara ini kerana dalam tempoh dua jam, banyak pihak sudi bekerjasama. Saya berasa ini satu hikmah dan rezeki daripada Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak Patut Tular Kerana Perkara Kecil

Wany beranggapan pihak berkenaan tidak sepatutnya menularkan mesej itu kerana ia perkara kecil.

“Perkara ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu membangkitkan isu terbabit seolah-olah ia satu masalah besar.

“Kalau hendak bercakap soal adab, saya pernah dapat mesej lebih teruk lagi daripada pihak yang ingin menawarkan persembahan. Memikirkan ia hanya perkara remeh, saya diamkan saja.

Tidak Mahu Salahkan Pihak Yang Tularkan

“Pun begitu, saya tak mahu salahkan pihak yang tularkan perkara ini kerana ia hak masing-masing. Tidak pasti pula kalau disebabkan nama saya, mereka sengaja berbuat sedemikian,” katanya.

Kata Wany, dia juga tidak perlu menekankan soal adab kepada AJK kelab peminatnya kerana mereka individu profesional berdasarkan pengalaman mengendalikan beberapa artis lain.

“AJK kelab peminat ada menunjukkan contoh mesej yang dihantar kepada pihak tertentu bagi memohon tajaan. Mesej berkenaan jauh berbeza daripada apa yang tular.

“Selepas apa terjadi, saya tidak meminta mereka memuat naik sebarang status bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Saya tidak perlu berbuat sedemikian. Apa yang penting, kami tahu perkara sebenar,” katanya.

Diharap perkara ini diselesaikan dengan cara baik dan tidak perlu diperbesarkan lagi. Ini adalah perkara kecil dan ada lagi perkara besar yang perlu kita ketengahkan. Jangan membazir masa dengan perkara kecil yang remeh temeh ini. Kami mendoakan supaya Wany Hasrita terus berjaya dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Video Isteri Saleem Mengamuk
    (Video Penuh) Isteri Saleem Mengamuk Beri Amaran …
    August 16, 2017 0
  • Semerah Cinta Humairah Episod 1
    Semerah Cinta Humairah Episod 1 Drama Slot …
    July 24, 2018 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 1
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 1
    July 13, 2016 0
  • adik syahid meninggal dunia
    Innalillah, Adik Syahid Anak Juara Gema Gegarvaganza …
    June 7, 2017 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 10
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 10
    July 28, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)