BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

“Kita mesti berani berfikir di luar kotak” – Syed Saddiq

ammar

Baru-baru ini Dato’ Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Awie Wings menyatakan ketidakpuashatiannya mengenai cadangan dari Menteri Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-POP terkenal
Bangtan Boys – atau BTS ke Malaysia.

Puluhan tahun menjadi penghibur, tahun ini adalah tahun yang paling teruk dalam sejarah hidup. Ramai yang mengadu kewangan bermasalah, kerajaan pun bercakap ekonomi bermasalah tetapi dalam masa sama menteri seperti ini membuang duit untuk artis luar, kata Awie dalam satu kenyataan di facebook.

Tidak sampai beberapa jam dari kenyataan tidak berpuas hati oleh artis itu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan motif sebenar untuk membawa masuk kumpulan K-POP terkenal Korea Selatan itu ke Malaysia.

Dalam satu posting di akaun instagram peribadi milik menteri itu, Syed Saddiq berkata:

Tak serik ke kita asyik tewas ke Singapura, Thailand & sekarang ini, juga di tangan Indonesia & Vietnam.

Saya nak ubah trend ini.

Dahulu, Malaysia sentiasa dipilih sebagai destinasi utama bagi conferences peringkat antarabangsa & international concerts yang menarik minta banyak pelancong luar.

Lihat sahaja di Singapura. Apabila Coldplay & BTS memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, Stadium Nasional mereka penuh & tiket habis terjual kurang dari 4jam. Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura & Singapura juga yang dapat “multiplier effect” in tourism. The eyes of the world were on Singapore, not Malaysia.

Kenapa saya bicarakan soal ini?

Perbadanan Stadium Malaysia kini dikendalikan oleh Professionals, bukan sahaja lantikan politik. Dahulu, kita rugi dalam ~RM20 juta setahun, waima fascilities kita di antara yang terbaik di Asia. Kini, selepas rundingan kontrak kontrak berat sebelah & setelah saya melantik board of directors yang baru, we are finally on-track to make our very first Profit!

ARTIKEL LAIN  Inilah Ucapan Mengharukan Permaisuri Johor Kepada Penjaga Almarhum Tunku Jalil

Lihat sahaja bagaimana Wembley Stadium dikendalikan. Bukan sahaja untuk tujuan bola sepak, tetapi sebagai iconic space yang disewa & digunapakai oleh semua. Concerts, conferences and many more ensure that they always make a profit. Kalau tak dimanfaatkan, bagaimana kita nak raih dana berjumlah puluhan juta untuk penyelenggaraan aset aset kita?

Berjaya Bawa Ed Sheeran, Stadium Penuh!

Baru baru ini, kita berjaya membawa Ed Sheeran untuk perform di Stadium Bukit Jalil. Penuh stadium! Orang Singapura & Indonesia pun turun ke Malaysia. Stadium dan peralatan disewa dan peniaga peniaga kecil juga dapat nikmatnya. Sama juga semasa Tokti perform di Axiata Arena, penuh dan ramai yang dapat nikmatnya.

Kita Mesti Berani Berfikir di Luar Kotak!

Di Korea Selatan, USA, Jepun, Indonesia, pun mereka jemput artis luar untuk datang, adakah ia bermaksud mereka tidak menghargai artis tempatan mereka? We must dare to think outside of the box.

Saya tidak mahu Malaysia untuk jadi 2nd, 3rd destination of choice. I want Malaysia to be NUMBER 1.

Kesimpulannya, jelaslah disini menunjukkan bahawa membawa artis luar untuk membuat persembahan di Malaysia bukanlah satu pembaziran malah memberikan lebih keuntungan kepada negara.

Apa yang menarik lagi adalah kita dapat menambah aliran wang asing masuk ke negara kita. Sebagai contoh jika BTS membuat persembahan di Malaysia sudah pasti peminat dari negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan lain-lain akan datang ke Malaysia. Disitu kita dapat meningkatkan lagi aliran wang asing masuk ke negara kita.

Apa-apapun, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan ini bukanlah satu tindakan yang tidak baik malah ianya dapat meningkatkan ekonomi negara. Mungkin ada antara mereka yang tidak setuju tetapi kita tidak boleh menutup mulut mereka. Berfikirlah di luar kotak!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    October 13, 2016 0
  • pengantin pistol
    Alamak…Sudah Jadi Kes Polis
    January 10, 2018 1
  • Malaysia Airlines
    Pray for Malaysia Airlines MH128, Melbourne
    May 31, 2017 0
  • Terpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok Isteri Murung
    Terpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok …
    November 19, 2016 1
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)