BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ramai Perempuan Mesej Kacau, Tapi Suhaimi Kuat Iman

ammar

Bergelar sebagai seorang isteri kepada artis terkenal seperti Suhaimi Saad sudah pasti membuatkan ramai berkata mengenainya.

Ina Naim iaitu isteri kepada Suhaimi Saad mendedahkan bahawa dia tidak pernah tertekan malah bahagia bergelar isteri kepada Suhaimi Saad.

Menerusi Facebook suaminya(Mosus), Ina turut meluahkan rasa geram dengan dakwaan liar netizen.

“Demi Allah saya tak stress. Saya bahagia walaupun orang kata kami hidup zuhud, daripada kaya lupa diri.

“Suhaimi suami yang baik, kalau dia jahat sudah lama dia tinggalkan saya. Ramai sahaja perempuan mesej kacau-kacau dia tapi dia kuat iman,” ujarnya.

Mengulas mengenai isu tidak menghantar anak ke sekolah, Ina memberitahu mereka terlebih dahulu sudah meminta pendapat daripada pelbagai pihak.

“Kami dah tanya profesor, pensyarah, ramai juga golongan mereka yang tidak menghantar anak ke sekolah. Anak mereka belajar di rumah dan sambung pengajian di Mesir,” katanya.

“Suami saya akan bertanya pendapat saya dan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita akan bermesyuarat dan mengundi jika ramai kata A maka itulah keputusannya.

“Saya ikut, kalau itu yang terbaik bagi dia, maka ia terbaik bagi saya juga. Sedangkan nak makan pun kami berbincang dulu,” ujarnya.

Terdahulu, Suhaimi Saad pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Baru-baru ini pula hangat isu mengenai Suhaimi Saad yang mengatakan bumi ini adalah “flat” dan mencabar angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dan berkata benar mengenai bentuk bumi.

Kontroversi demi kontroversi yang dibuat oleh Suhaimi Saad telah membuat dirinya terkenal di laman sosial. Ramai rakyat Malaysia khususnya makcik dan pakcik bawang mula sibuk bercerita mengenai Suhaimi Saad.

ARTIKEL LAIN  Polis Yang Menyamar Sebagai Pembeli D@dah Ditangkap Oleh Polis Yang Menyamar Sebagai Penjual D@dah
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • anwar dan mahathir
    PH Calonkan Dr M dan Anwar Jawatan …
    June 16, 2020 0
  • Azizan Osman Letak Jawatan
    Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks
    October 16, 2016 2
  • lelaki kelantan pemalas
    Lelaki Kelantan Pemalas Punca Wanita Semakin Kaya
    November 15, 2017 0
  • Imam Muda Ammar
    Kerana Status “Anti Vaksin” Imam Muda Ammar …
    June 22, 2016 10
  • adik syahid meninggal dunia
    Innalillah, Adik Syahid Anak Juara Gema Gegarvaganza …
    June 7, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)