BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Luahan Terkini Ibu Adam Rayqal Ini Buat Ramai Sebak

ammar

Kisah kematian tragis adik Adam Rayqal telah mendapat liputan luas di media dan ramai rakyat Malaysia berdukacita.

Jasad bayi berusia 5 bulan itu telah ditemui mati dalam satu bungkusan berwarna hijau di dalam peti sejuk di Batu Caves, Selangor. Berita penemuan mayat itu mengejutkan ramai pihak.

Yang pasti, kedua ibu bapa Adik Adam Rayqal adalah orang yang paling sedih dengan peristiwa hitam ini.

Terbaru, ibu kepada bayi tersebut menggunakan nama Farah Madi dalam akaun laman sosial Facebook miliknya meluahkan perasaan sedihnya dengan kematian menyayat hati anak pertamanya hasil perkahwinan dengan suami, Mohd. Sufi Naeif.

“Adam sayang..sejuk ya dalam peti itu..Tak apa sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.”

Itu luahan ibu kepada Adam Rayqal Mohd. Sufi berusia lima bulan yang ditemukan maut dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini malam tadi.

“Ingat pesan mama jaga diri kat sana.

“Nanti mama papa datang ye sayang kita mandi buih lagi.. Innalillahiwainnalillahirojiun..,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Farah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan, saudara mara dan rakyat Malaysia kerana turut sama berusaha mencari Adam dan memohon didoakan kebaikan kepada anaknya itu.

Kisah Adam Rayqal tular dalam Facebook apabila bapanya, Mohd. Sufi memuat naik status anaknya diculik ketika mahu mengambil di rumah pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves semalam.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat bayi itu ditemukan pukul 11 malam dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau di bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.

ARTIKEL LAIN  Kisah Peniaga Udang Racist Yang Menjadi Viral di Facebook

Menurut Ali, susulan itu, pihaknya menahan pengasuh berusia 33 tahun berkenaan bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun untuk siasatan lanjut.

Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi telah selamat  disembahyangkan di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam.

Siaran langsung majlis pengkebumian jenazah Adam Rayqal semalam telah ditonton oleh ratusan ribu pengguna laman facebook. Di bawah ini adalah video penuh siaran langsung majlis pengebumian Jenazah Adik Adam Rayqal Mohd Sufi.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • asri janggut dan menteri kdn
    Lain kali buat video elok-elok, jangan buat …
    August 10, 2020 0
  • agong makan roti tempayan
    Netizen C1na Tuduh Agong ‘Berlakon’ Makan Roti …
    June 17, 2020 0
  • Rayuan Dr.Fauziah Hasan
    Rayuan Warga Malaysia, Anak Kapal Zaytouna-Oliva Yang …
    October 6, 2016 0
  • Acap header
    Sukarelawan Ini Beri Bayangan Acap Sebenarnya Tak …
    April 9, 2019 0
  • kapal
    Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang Dari Radar
    February 7, 2018 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)