BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

“Hilang Abah Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Kri” – Dato’ Aliff Syukri

ammar February 28, 2019

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada usahawan terkenal negara, Dato’ Aliff Syukri.

Di akaun instagram peribadinya, Dato’ Aliff berkongsi kisah sedih kehilangan insan yang paling disayangi iaitu ayah kandungnya Kamaruzaman Kamaludin.

Berita kematian ayah tercinta Dato’ Aliff ini bukan sahaja membuat ahli keluarganya sedih, namun seluruh rakyat Malaysia yang membaca kisah itu turut berasa sedih dan terharu.

Buat hero sebenar kri… abah yg teramat ku sayangi dan kusanjungi..hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan kri ……mungkin abah x dapat baca apa yg kri tulis tapi cukuplah kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan kri utk dikenang.

Dato’ Aliff Syukri turut berkongsi video saat Allahyarham mahu diturunkan ke liang lahad. Suasana sayu dan sedih menyelubungi saat itu.

Ramai netizen dan rakan artis turut simpati dan sedih melihat sedutan video itu.

View this post on Instagram

Buat hero sebenar kri… abah yg teramat ku sayangi dan kusanjungi..hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan kri ……mungkin abah x dapat baca apa yg kri tulis tapi cukuplah kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan kri utk dikenang… . Sejak abah dan mak @bondarozitaibrahim berpisah umur kri baru 7-8 tahun….kri x faham apa itu perpisahan…yg kri tahu kenapa abah dgn mak tinggalkan kri dgn kak yati dan arwah ani dikg…..Abah dan mak membawa haluan masing2….bina kehidupan masing…….kami duduk kampung…abah selalu datang naik motor bg duit RM 50-100 sebulan… utk kami walaupun abah x senang….kerja pengawal,bila ada makanan lebih abah bungkus makanan sisa sisa nak bg anak merasa makan…….bila dapat gaji abah bawa kri dan kak long @yatie_sendayutinggi makan kfc kat pekan Sg.Besar….Bahgianya waktu tu….gembira sangat kami sebab nak makan kfc tu kena tunggu abah dapat gaji….lepas abah kahwin lagi kri dapat duduk dgn abah 2-3 tahun…waktu tu sempat rasa abah hantar sekolah naik motor…bila tgk orang ada basikal,kri meronta2 nak basikal sebab tgk orang lain ada…abah sanggup hutang ceti nak belikan kri basikal…(kri minta maaf kri x faham erti susah waktu tu)…..abah x pernah marah…….x pernah pukul kecuali sekali waktu kri mencuri kad hari jadi kat kedai sebab nak bg abah sebab x ada duit…..tu pertama kali abah pkl kri😭… . Abah ampunkan dosa2 kri …..sebagai anak kri dan cuba bahgiakan abah dgn seikhlas hati dan termampu…….walau abah x pernah minta x pernah mengeluh….abah x pernah burukkan orang………dalam pada orang selalu kata abah tu lembab x reti nak marah,apa orang kata abah diam…hari ni kri tahu Allah kurniakan abah sifat begitu supaya abah x ada dosa mencaci menghina…alangkah bahgianya kri bila jumpa sahabat saudara semua memuji keluhuran abah,baik budi,bicara bila perlu,x pernah buruk sagka dan burukkan orang… . . .. sy memohon semua rakan sy disini utk sedekahkan Al Fatihah dan titipan buat arwah abah saya Hj kamarzaman B Kamaludin… bagi sy inilah hadiah paling bernilai buat saya🙏🏻🙏🏻 alfatiha.. adakah anda dpt rasa apa yg sy rsa sekrg?? @tjdntrmn

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Feb 27, 2019 at 5:37am PST

Aliff juga bersedih kerana banyak pengorbanan yang dilakukan bapanya dahulu sehingga kini tidak terbalas.

“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakan tak percaya abah tak ada lagi…

“Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu…..abah lah org kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun…

“Abah jangan tinggalkan kri (syukri) .. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri tak sempat nak balas budi abah…….tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya…dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas..,” tulisnya.

Saat kehilangan seorang insan yang paling disayangi iaitu bapa sendiri, sudah pasti membuatkan semua orang bersedih.

ARTIKEL LAIN  "YB kenal saya masa beliau kerja di UIA, Kini YB dah jadi menteri"... Sisi Baik Menteri Pendidikan Ini Patut Dicontohi

Perginya seorang bapa kandung tidak dapat menggantikan dengan bapa yang lain kerana hanya satu sahaja didunia.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di instagram Dato’ Aliff Syukri, rata-rata turut sedih sehingga menitiskan air mata selain sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah usahawan ini.

Kami doakan supaya Allahyarham bapa Dato’ Aliff Syukri ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan diberikan ganjarang syurga baginya. Amin.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Wan syahida

    takziah.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman

    March 7, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Isteri Yang Bekerja
    Zaman Sekarang Baik Macam Mana Pun Suami …
    January 5, 2018 1
  • Aliff Aziz dan Bella
    Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan …
    July 30, 2017 0
  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0
  • status phd dr azizan osman penipu
    Dr.Azizan Penipu Ijazah Kehormat Doktor Tiada Dalam …
    September 29, 2016 0
  • rendang ayam tak rangup
    Disingkirkan Dari MasterChef UK Kerana Rendang Ayam …
    April 3, 2018 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)