BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Akhirnya Najib Dedahkan Punca Kekalahan BN Dalam PRU14

ammar May 21, 2018

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia yang lepas, Barisan Nasional pertama kali dalam sejarah penubuhan Malaysia kalah teruk dengan Pakatan Harapan.

Kekalahan itu membuatkan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mencipta rekod Perdana Menteri dari Barisan Nasional pertama yang kalah dalam merebut tampuk pemerintahan negara.

Kekalahan itu adalah kekalahan yang memalukan buat Barisan Nasional kerana sebelum ini parti itu tidak pernah kalah dalam sebarang Pilihan Raya Umum sejak lebih 60 tahun.

Susulan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mendakwa kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 berpunca daripada ‘fitnah’ parti pembangkang.

“Kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi dan menabur fitnah dan kebencian serta janji-janji manis yang sebahagian besar jelas takkan dapat dilaksanakan malangnya telah menyebabkan kekalahan kepada Umno BN dalam PRU ini,” katanya di hadapan para penyokongnya di Pekan hari ini.

Tambah Najib, menang dan kalah merupakan adat dalam sesuatu pertandingan dan beliau tidak akan berasa ralat jika pihak lawan mempunyai agenda yang lebih baik.

“Tapi sebaliknya terasa dalam hati, bukan soal dasar, agenda, tapi kempen memburukkan pemimpin dan janji-janji manis yang tak mungkin dapat dilaksanakan.

“Ni saya rasa terkilan. Bukan kekalahan itu tapi kekalahan atas penyelewengan fakta.

“Ini tak adil dalam demokrasi. Ni bukan contestation of ideas tapi berdasarkan berita palsu yang kita termakan,” katanya kepada kira-kira 500 orang.

Najib juga berkata BN tidak membuat janji palsu tetapi hanya menawarkan janji yang mampu dilaksanakannya.

“Mungkin saya silap, patut ambil sikap matlamat menghalalkan apa cara sekalipun, (dengan mengunakan) machiavelan politics,” katanya yang turut mempersoalkan sama ada siasatan terhadap beliau berhubung 1MDB dilakukan dengan telus.

Beliau juga menyatakan rasa kesal terhadap serbuan polis yang telah mengambil barang milik anak-anaknya.

“Apa kena mengena 1MDB dengan kasut anak saya. Kalau nak ambil barang mesti ada bukti, orang putih kata prima facie evidence. Takkan tengok satu barang, nampak, cekup, bawa ke Bukit Aman.

“Apa kaitan hadiah perkahwinan dengan 1MDB. Tak layak ke anak saya dapat hadiah perkahwinan. Dia kahwin dengan keluarga yang ada kemampuan di Khazakstan,” katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bandar Tun Razak, Chew Yin Kee menyalahkan Najib dan skandal 1MDB menjadi punca kekalahan BN ada PRU14 lalu.

“Sebab utama kekalahan dan kehilangan kuasa BN pada pilihan raya umum adalah skandal yang mengelilingi perdana menteri Najib dan keluarganya, khususnya 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion , “katanya dalam satu kenyataan.

Faktor lain katanya, termasuk kenaikan kos sara hidup akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan Najib pada tahun 2015.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas rakyat Malaysia mula bangkit dan menjatuhkan kerajaan yang telah lama memerintah Malaysia iaitu Barisan Nasional. Rakyat Malaysia dilihat sudah muak dengan janji-janji yang ditabur oleh kerajaan sebelum ini dan mereka mahukan perubahan.

Manifesto Pakatan Harapan yang mahukan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah senjata utama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Kini, Malaysia telah jatuh dan dipimpin oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri yang baru.

Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baru dan kita semua berharap supaya ianya dapat dicapai tidak lama lagi dibawah kepimpinan yang baru ini. Semoga Malaysia terus maju dan aman damai.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Inilah dunia politik…
    Bak kata orang kalau tak nak dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai..

    May 21, 2018

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Surat Terbuka Heliza Helmi Kepada Safiey Ilias
    Surat Terbuka Heliza Helmi Kepada Safiey Ilias …
    September 7, 2016 1
  • kanak-kanak 12 tahun
    Kanak-kanak 12 Tahun Ini Ditinggalkan di KLIA2 …
    January 1, 2018 1
  • saham facebook jatuh
    Saham Facebook Jatuh Merudum Kerana Pengumuman Perubahan …
    January 12, 2018 0
  • jerebu2520di2520malaysia1
    Jerebu, Jadi Mengapa Mesti Meminta Maaf? – …
    September 28, 2015 1
  • lim guan eng menteri kewangan malaysia
    Menteri Kewangan Seru Umno, PAS Bantu Henti …
    September 3, 2019 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)