BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Najwa Latif Menangis Siapkan Tesis

ammar

Nama Najwa Latif bukanlah nama baru dalam industri muzik tanah air. Mula terkenal dengan lagu single rasmi pertamanya, “Cinta Muka Buku”, dikeluarkan pada bulan Jun 2011di bawah naungan NAR Records.

Namun, sebelum itu namanya mula diperkatakan apabila Najwa mula memuat naik lagu “cover” ke YouTube; yang pertama iaitu “Baby” dari penyanyi asal Justin Bieber.

Kini, kerjaya nyanyian Najwa Latif agak diam seketika apabila beliau sibuk dengan menyambung pelajaran di universiti.

Bukan sedikit cabaran dihadapi penyanyi Najwa Latif bagi melengkapkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Menerima skrol baru-baru ini, Najwa mengaku hampir saban hari menangis dalam menyiapkan tesis atau kerja ilmiah.

“Alhamdulillah, lega rasanya apabila impian belajar ke peringkat sarjana tercapai.

“Ini bukan hadiah untuk saya sahaja, sebaliknya, insan-insan di sekeliling. Cuma sayangnya, ibu tiada di sisi kerana dia menjalani ibadat umrah di Makkah.

“Pengajian peringkat sarjana bukanlah mudah. Paling teruk ketika menyiapkan tesis. Hampir setiap hari saya menangis, rasa putus asa dan hendak berhenti belajar.

“Alhamdulillah, saya berjaya menyudahkannya,” katanya.

Najwa berkata, dia memasang impian melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan sama.

Namun, penyanyi yang mula popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu mahu berehat seketika sebelum meneruskan hajat itu.

Selain itu, tambah Najwa, dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pensyarah di di UNITAR International University.

Biarpun masih mahu berkarya, namun bagi Najwa, bidang muzik adalah keutamaan ketiga dalam hidupnya sekarang.

“Pengalaman menjadi pensyarah sejak dua tahun lalu ada macam-macam. Saya juga belajar banyak perkara dengan penuntut yang ada pelbagai jenis ragam dan latar belakang.

ARTIKEL LAIN  Saya dan Kamal Sudah Putus, Emma Maembong Kantoikan Kamal Curang?

“Kerjaya sebagai pensyarah saya jadikan sebagai keutamaan pertama. Ini diikuti pelajaran dan yang ketiga adalah bidang muzik.

“Saya masih menyanyi. Single terbaru, Kau Lupa Itu Aku (KLIA) yang dilancarkan dua bulan lalu sudah meraih lebih sejuta tontonan.

“Tidak lama lagi, saya akan muncul dengan single lain. Insya-Allah, saya akan cuba menghasilkan sekurang-kurangnya satu lagu setahun,” katanya.

Bagi peminat setia Najwa Latif sudah pasti akan berindui karya-karya terbaru darinya setelah sekian lama perlahan dalam bidang muzik. Apa-apapun kita ucapkan tahniah kepada Najwa Latif kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana(Master), baru-baru ini.

Prev Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 23 Drama Slot …
    July 31, 2018 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 akhir
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 Akhir
    August 30, 2016 1
  • pak samad 7 hari mencintaiku
    Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” …
    December 22, 2016 1
  • respon2520peminat2520selepas2520stacy2520peluk2520islam1
    Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk …
    August 25, 2015 1
  • adam shahz dan isteri bercerai
    Sihir Pemisah Punca Adam Shahz dan Isteri …
    October 10, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)