BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo

ammar July 10, 2019

Setelah bermain dengan teka-teki mengenai krisis rumah tangganya, akhirnya segala persoalan dan tanda tanya itu terjawab hari ini.

Usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim secara sah bercerai talak satu dengan pasangannya Fizo Omar 34, di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan hari ini.

Sebelum lafaz cerai, Fizo memohon maaf kepada ibu bapa Mawar yang hadir menyertai prosiding berkenaan.

Mawar ketika ditemui media selepas itu berkata, dia sedih dengan perceraian yang berlaku namun, menganggap itu pengorbanan terbesar dilakukan untuk kehidupannya dan Fizo sekeluarga.

“Apa yang berlaku bukanlah disebabkan ego ataupun harta. Mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarkan anak kami, Wan Maryam,” katanya.

Ditanya sama ada masih menyayangi Fizo, Mawar berkata, setiap wanita atau isteri pasti akan cuba sedaya-upaya menyelamatkan perkahwinan.

“Selama enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo telah mencuba, namun saya reda serta pasrah. Mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo,” katanya yang memberitahu tidak akan memutuskan hubungan Fizo dan Maryam kerana anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Mawar nafi bercerai kerana ego, harta & orang ketiga

Mawar turut menegaskan spekulasi mengaitkan perceraian itu dengan harta, ego dan pihak ketiga adalah tidak benar.

“Tiga benda ini bukanlah sebab perceraian kami. Fizo sangat baik dan dia adalah anak, abang dan adik yang bertanggungjawab kepada keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Fizo memberitahu dia reda dengan perceraian itu.

“Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini. Pada saya, ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan kami menjadi ibu bapa bersama dalam menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan Maryam.

“Saya masih sayang dan kasihkannya dan saya mengucapkan terima kasih kepada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak saya, malah banyak terhutang budi padanya.. dia sangat baik,” katanya.

Apapun yang terjadi kepada kisah rumah tangganya kita sebagai orang luar tidak perlu masuk campur urusan mereka. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua mereka demi menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan Maryam.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • kereta jep sepahtu kena tarik
    Kereta Jep Sepahtu Kena Tarik Ini Alasan …
    June 20, 2016 1
  • Semerah Cinta Humairah Episod 2
    Semerah Cinta Humairah Episod 2 Drama Slot …
    July 25, 2018 0
  • Awie wings
    “Inilah Menteri Yang Nak Jahanamkan Artis-artis Tempatan!” …
    April 25, 2019 0
  • farid kamil tidak bersalah
    Polis Sudah Kenal Pasti 3 Individu Sabotaj …
    February 7, 2018 2
  • Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari
    Pengantin 100 Hari Episod 13 Drama Samarinda …
    July 23, 2018 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)