BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Patutlah Mira Filzah Menang ABPBH, Rupa-rupanya

ammar September 23, 2019

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat hiburan tanah air telahpun tiba. Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) ke-32 telah melabuhkan tirainya semalam 22 September 2019.

Apa yang menarik dalam majlis yang berlangsung meriah semalam adalah pelakon yang agak baru di dalam industri iaitu Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dengan 6,320,463 undi, Mira, 26, menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar yang dilihat berpotensi besar mengungguli trofi tu.

Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 1990, Aishah menyampaikan trofi kemenangan kepada Mira Filzah.

Mira turut membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

Mira

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu adalah malam yang mengujakan kerana beberapa muka baru dalam industri turut menerima anugerah dalam pelbagai kategori.

Namun, yang menjadi tumpuan seharusnya kepada pemenang anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular Berita Harian 32 iaitu Mira Filzah.

Kemenangan Mirah Filzah seperti boleh dijangka apabila dia mengungguli beberapa kategori utama yang dicalonkan peminatnya seperti Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Drama Wanita Popular.

Mira menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Siti Nordiana yang turut menerima pencalonan paling banyak dalam kategori utama.

ABPBH 32 dihoskan oleh AC Mizal dan Elly Mazlein serta disiarkan secara langsung oleh TV3 juga memperlihatkan penguasaan Khai Bahar dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Majlis ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi.

Siti Nordiana mengungguli dan memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Fattah Amin menewaskan pesaingnya seperti Remy Ishak dan Zul Ariffin apabila diumumkan pemenang bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Mira Filzah Juara

Berikut senarai pemenang bagi 15 kategori utama ABPBH 32 dan Anugerah Khas:

  • Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
  • Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah
  • Pelakon TV Lelaki Popular: Syafiq Kyle
  • Pelakon TV Wanita Popular: Mira Filzah
  • Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar
  • Penyanyi Wanita Popular: Siti Nordiana
  • Pengacara TV Popular: Siti Nordiana
  • Penyampai Radio Popular: DJ Lin
  • Artis Komedi Popular: Zizan Razak
  • Artis Versatil Popular: Janna Nick
  • Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini
  • Artis Baru Lelaki Popular: Adam Lee
  • Artis Baru Wanita Popular: Haneesya Hanee
  • Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga terus berjaya di dalam industri hiburan tanah air selepas ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Pemandu Bas Mahligai
    (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki …
    April 17, 2017 0
  • pak samad 7 hari mencintaiku
    Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” …
    December 22, 2016 1
  • Laudya Cynthia Bella
    Laporan Polis Sudah Dibuat Ke Atas Laudya …
    February 8, 2018 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 13
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 13
    August 3, 2016 0
  • Pierce Brosnan menerima seadanya isteri walaupun gemuk.jpg
    Hero James Bond Ini Menerima Isterinya Seadanya …
    December 1, 2015 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)