BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Orang Tua Ini Muncul Kembali! Setelah Azizulhasni Kini Yusof Haslam Pula Jadi Mangsa

ammar

Masihkah anda ingat dengan lelaki tua yang bernama Mansor Bin Puteh ini? Untuk pengetahuan semua Mansor Bin Puteh adalah seorang pengkritik filem yang seringkali dengan kontroversi.

Sebelum ini dia pernah melabelkan jaguh sukan berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang sebagai seorang yang angkuh.

“Baru pingat gangsa dah angkuh….kalau emas entah macam mana lagak..” komen Mansor Puteh sebelum ini di laman facebooknya.

Terbaru, muncul pula kontroversi lain dari Mansor Bin Puteh apabila dia melabelkan filem Hollywood, filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anaknya sebagai bahan tong sampah.

Sebagai reaksi atas komen itu, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pengkritik filem kontroversi Mansor Puteh berhati hitam kerana melabel karyanya sebagai bahan tong sampah.

Tambahnya lagi, sikap Mansor tidak pernah berubah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.

“Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam.

“Hina saya tidak kisah… tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, Rupa-rupanya masih ada ‘spesis’ macam ini dalam negara. Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,” katanya.

Mansor menerusi statusnya di Facebook pada Khamis lalu menulis; “Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).

“Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak,” tulisnya.

Yusof Haslam berkata semoga Mansor dibukakan pintu hatinya dan diberikan hidayah oleh Allah.

Katanya lagi, dia bukanlah pernah meminta untuk dipuji, jelasnya yang kini berada di negara seberang, Indonesia.

ARTIKEL LAIN  Biodata dan Koleksi Gambar Niena Baharun

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 5
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 5
    July 20, 2016 0
  • adik syahid meninggal dunia
    Innalillah, Adik Syahid Anak Juara Gema Gegarvaganza …
    June 7, 2017 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 26
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 26
    August 25, 2016 0
  • thanos
    Google “Thanos” Sekarang dan Klik Pada Sarung …
    April 26, 2019 0
  • syed saddiq
    “Kita mesti berani berfikir di luar kotak” …
    April 26, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)