BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hebat! Dulu Empat Sekawan Ini “Tukang Cuci Bangunan”, Kini Semua Dapat Gelaran Datuk

ammar

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Masih ingatkah anda dengan empat sekawan ini yang dahulunya bekerja sebagai tukang cuci bangunan?

Namun, itu adalah di dalam filem semata-mata. Apa yang ingin disampaikan disini adalah empat sekawan yang berlakon sama-sama di dalam filem Cuci yang menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu.cuci

Empat insan yang dimaksudkan adalah Awie, Afdlin Shauki, Ac Mizal dan Hans Isaac. Rasanya rata-rata sebelum ini mengetahui 3 orang iaitu Awie, Ac Mizal dan Hans Isaac sudahpun menerima darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk.

Terkini, tular di media sosial yang Afdlin Shauki juga turut mendapat gelaran Datuk. Tahniah diucapkan kepada keempat-empat pelakon ini. Siapa sangka walaupun menjadi seorang artis mereka juga turut diberikan darjah kebesaran oleh Sultan.cuci movie

Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Afdlin, 46, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pasa majllis pengurniaan darjah dan pingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.poster movie cuci

Menerusi  status di Instagram, Afdlin ada memuat naik foto dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.

“Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy,” tulisnya.

Selain Afdlin, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

tukang cuciDengan penganugerahan yang diterima oleh Afdlin Shauki ini maka dengan ini lengkaplah keempat-empat “geng cuci” ini mendapat gelaran Datuk.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
Prev Article
Next Article

One Response

  1. sabree hussin

    Dulu aku layan jugak cerita ni, zaman diorang cuci bangunan

    September 29, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pengasuh siti
    Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi, …
    June 26, 2019 0
  • Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru Didi and Friends
    Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru Didi and Friends
    August 1, 2016 0
  • kereta jep sepahtu kena tarik
    Kereta Jep Sepahtu Kena Tarik Ini Alasan …
    June 20, 2016 1
  • Semerah Cinta Humairah Episod 1
    Semerah Cinta Humairah Episod 1 Drama Slot …
    July 24, 2018 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 24
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 24
    August 23, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)