BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • ABOUT
  • DISCLAIMER
  • POLICY
  • SITEMAP
  • INFO
  • TRAVEL
  • TRENDING

Jangan Benci Cintaku Episod 22 Drama Slot Akasia TV3

ammar July 30, 2018

Jangan Benci Cintaku Episod 22. Mula bersiaran pada 29 Jun 2018 yang lepas dan sejak daripada tayangan itu sehingga sekarang, drama ini berjaya menarik tontonan ramai. Jumlah penonton drama ini semakin hari semakin bertambah. Mungkin kerana jalan ceritanya yang menarik dan dapat memainkan emosi penonton, ianya menjadi daya tarikan buat semua.

Tidak hairanlah drama ini menjadi tular di media sosial seperti facebook. Nama Husna tiba-tiba menjadi perbualan hangat dalam kalangan nitizen dek kerana wataknya yang antagonis dan tidak disukai ramai. Tahniah diucapkan kepada Niena Baharun kerana telah berjaya membawa watak itu dengan jayanya. Sehinggakan ramai netizen beremosi dengan watak Husna.

Jangan Benci Cintaku, drama baru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Jangan Benci Cintaku sebuah drama lakonan hebat hero iaitu Saharul Ridzwan dan heroinnya adalah Zahirah Macwilson.

Turut dibintangi pelakon terkenal Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross dan ramai lagi.

Hari ini 30 Julai 2018, drama Jangan Benci Cintaku telah masuk episod ke-22. Untuk mengetahui apa yang terjadi dalam Jangan Benci Cintaku Episod 22 ini, anda boleh menonton drama ini secara langsung di TV3 jam 7.00 malam ini.

Jangan Benci Cintaku Episod 22 Drama Slot Akasia TV3

Sebelum kita menonton episod ke-22 mari kita imbas kembali apa yang terjadi pada episod ke-21.

Husna mengekori Shah ketika Shah bertemu Fika di shopping mall. Selepas Shah bertemu Fika tiba-tiba Husna muncul didepan Shah. Husna memberitahu yang dia mengandung anak Shah.

Shah pelik dan berkata dia tidak pernah menyentuh Fika. Husna paksa untuk Shah berkahwin dengannya.

Husna menelefon emaknya dikampung dan menceritakan mengenai perihal dia mengandung anak Shah.

Emak Husna terus pergi ke rumah ibu bapa Shah dan menceritakan hal tersebut kepada kedua ibu bapa Shah. Mak Husna mahu Shah segerakan perkahwinan mereka.

Nek Pah dan Husna pergi berjumpa dengan Fika. Mereka berdua menyuruh Fika meminta cerai dengan Shah.

Fika berkata Shah boleh berkahwin dengan Husna tetapi dengan syarat ceraikannya.

Fika tinggal bersama mak dan ayahnya. Fika memberitahu perkara mengenai Husna dan Shah kepada ibunya.

Shah keluar bersama Husna. Shah bertanya kepada Husna dan mahu dia jujur menjawab mengenai kandungannya.

Husna mengaku yang dia tipu mengandungkan anaknya. Dia menipu untuk semata-mata berkahwin dengan Shah.

Husna mengugut Shah jika dia tidak berkahwin dengan Shah dia mahu mati.

Akhirnya Shah dan Husna selamat bertunang……Jangan Benci Cintaku Episod 22.Jangan Benci Cintaku Episod 22

Tonton Full Drama Jangan Benci Cintaku

Anda juga boleh menonton secara penuh(full) drama ini melalui laman web Tonton. KLIK SINI untuk tonton penuh drama ini. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu akaun anda dan jika anda telah mempunyai akaun di Tonton anda hanya perlu “login” sahaja akaun anda untuk tontonan.

Drama Jangan Benci Cintaku ini sebanyak 28 episod kesemuanya. Jangan lupa untuk mengikuti drama ini sehingga tamat. Boleh klik pada “episod” di bawah ini untuk menonton drama setiap episod.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Jangan Benci Cintaku TV3

Judul Drama : Jangan Benci Cintaku

Jumlah Episod : 28 episod

Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018

Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Siaran TV : Slot Akasia TV3

Penulis Skrip : Farhana Fauri

Pengarah : Pali Yahya

Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross, Nada Nursyuhada, Laila Nasir, Zul Edward, Meor Mohd, Emelie Hanif, Elya, Farah, Ayu Azlina, Siti Ruwiyani, Ainin Batriya.

Lagu Tema/OST

Aizat Amdan – Sampai Ke Hari Tua

Misha Omar – Sampai Bila

Barisan Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat

Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Daler Yusuf sebagai Irwan

Amelia Henderson sebagai Damia

Esma Dainal sebagai Tuan Shariman

Dilla Ahmad sebagai Zaida

Azizah Mahzan sebagai Nek Pah

Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin

Zul Edward sebagai Uncle Jay

Laila Nasir sebagai Puan Julia

Emelie Hanif sebagai Nelly 

Meor Mohd sebagai Hazri

Share
Tweet
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Related Posts

  • Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk …
    August 25, 2015 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 17
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 17
    August 10, 2016 0
  • Kereta Proton Saga Dalam Siri Sitkom Mr. …
    February 26, 2019 0
  • Lagu Hari Raya
    Koleksi Lagu Hari Raya Aidilfitri Baru Popular …
    June 4, 2018 0
  • Jangan Benci Cintaku Episod 21
    Jangan Benci Cintaku Episod 21 Drama Slot …
    July 27, 2018 0

BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
Copyright © 2019 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network