BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Penyokong Kelantan Mengamuk Bakar Suar, Pemain Rileks Makan Shell Out

ammar

Penyokong Kelantan Mengamuk(Lihat Gambar) Penyokong Kelantan Mengamuk Bakar Suar, Pemain Rileks Makan Shell Out

Perlawanan Liga Super 2017 antara Kelatan dan Johor Darul Takzim(JDT) malam tadi sedikit tegang setelah pasukan Kelantan kalah 2-3 kepada JDT.

Pada mulanya Kelantan mendahului dengan 2-0 tetapi beberapa minit kemudian JDT bangkit dengan 3 gol meninggalkan Kelantan.

Kekalahan Kelantan kepada Johor Darul Takzim(JDT) menyebabkan perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV (SSMIV) tegang malam tadi apabila kira-kira 1,000 penyokong pasukan Kelantan berkumpul kerana berang dengan keputusan pengadil perlawanan.

Mereka mendakwa keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin, berat sebelah yang membawa kepada kekalahan Kelantan di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 3-2.

Kumpulan itu melaung-laung kata tidak puas hati. Lihat video di bawah:

Segelintir penyokong dilihat turut membakar suar dalam perhimpunan itu yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Tiada insiden buruk berlaku.

Kemarahan penyokong Kelantan berpunca daripada keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 oleh Gonzalo Gabriel Canbrera.

Disebalik kemarahan penyokong Kelantan itu, lain pula cerita pemain Kelantan dan JDT.

Beberapa keping gambar mula tular di media sosial kelihatan kedua-dua pemain Kelantan dan Johor Darul Takzim(JDT) kelihatan santai makan “shell out” bersama selepas tamat perlawanan malam tadi.

Walaupun mereka ‘bermusuh’ dipadang tapi diluar padang mereka bersahabat baik. Inilah contoh yang baik perlu kita ikut. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Diharap penyokong pasukan Kelantan dapat menerima kekalahan malam tadi dan marilah kita “ber shell out”.

ARTIKEL LAIN  Inilah Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Diaz JDT
    Tidak Mampu Bayar Gaji Diminta Diaz, Ini …
    December 15, 2016 1
  • safiq rahim
    Video Safiq Rahim Pijak Orang, Dihadiahkan Kad …
    October 11, 2017 1
  • TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    Sah! TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    February 6, 2017 1
  • jurulatih harimau malaya
    Inilah Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru
    May 15, 2017 1
  • barcelona ayam ayamkan mu
    Video Penuh Barcelona Ayam-Ayamkan Manchester United 3-0
    April 17, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)