BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

4 Pemain Ini Bakal Dibuang Kerana Melaka United Kalah 7-0 Dengan JDT

ammar April 10, 2017

MU kalah 7 0 dengan jdt4 Pemain Ini Bakal Dibuang Kerana Melaka United Kalah 7-0 Dengan JDT

9 April 2017 adalah tarikh yang sudah pasti menjadi “sejarah hitam” buat pasukan Melaka United (MU) setelah pasukan ini dimalukan dengan kekalahan 7-0 menentang Johor Darul Takzim(JDT) dalam saingan Liga Super 2017.

Kemenangan JDT dalam perlawanan ini menyaksikan Safiq Rahim mencipta hatrik. Pada perlawanan ini, seolah-olah pemain import Melaka United tiada fungsi langsung kerana membiarkan pasukan itu diratah JDT dengan kekalahan memalukan.

Pengurusan Melaka United merasakan masanya sudah tiba untuk mereka menyingkirkan para pemain import mereka.

Menurut laporan Berita Harian, pengurus MU Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan yang kesemua pemain import MU mungkin disingkirkan jika terus beraksi hambar.

Ya, kami tidak maksudkan Spasojevic sahaja – malah kini kesemua pemain import MU bakal disingkirkan.

Selain Spasojevic, Sergio Aguero, Godwin Antwi serta Jeon Woo Young dalam radar bakal disingkirkan oleh MU jika aksi hambar terus dipersembahkan.

Malah Eric Williams juga bakal disingkirkan andai beliau tidak berjaya memperbaiki prestasi pasukan dengan mengenakan taktikal yang bersesuaian dengan pasukan.

“Saya terkejut dengan persembahan para pemain import MU yang beraksi tidak baik ketika menentang JDT.”

“Keputusan yang dicatat di Larkin jelas menunjukkan prestasi mereka di luar jangkaan malah mengecewakan.”

Untuk rekod, perlawanan menentang JDT merupakan perlawanan pertama MU menurunkan kesemua pemain import serentak selepas terdapat beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

Sebelum ini, 3 pemain import MU telah pun diberikan amaran bakal disingkirkan andai tidak berjaya meningkatkan prestasi mereka.

Selepas ditewaskan JDT, MU kini ditanggkan ke-10 Liga Super dengan 8 mata dari 9 perlawanan. Paling menarik, Johor Darul Takzim berjaya berada di tangga ke-3 liga setelah perlawanan ini.

ARTIKEL LAIN  Tonton Online Siaran Langsung Kelantan VS JDT 15.8.2015
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Keputusan-Terkini-Liga-Super-12.8.2015
    Keputusan Terkini Liga Super 12.8.2015
    August 12, 2015 1
  • malaysia vs vietnam
    Live Streaming Malaysia vs Vietnam 10.10.2019 Kelayakan …
    October 10, 2019 0
  • Indonesia Di Ayam-Ayamkan Malaysia 18-1
    (Video) Lihatlah Bagaimana Pasukan Hoki Indonesia Di …
    August 30, 2017 2
  • TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    Sah! TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    February 6, 2017 1
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Dedah Konspirasi Pemain dan “Datuk” Untuk …
    October 12, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)