Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat adalah satu masalah kulit yang sering terjadi kepada semua kaum tidak kira kaum wanita atau kaum lelaki. Biasanya masalah jerawat pada muka akan terjadi seawal remaja. Atau erti kata lain “peringkat matang”. Kanak-kanak selalunya tidak mengalami masalah jerawat.
Apabila berlakunya masalah jerawat pada kulit, apa yang membimbangkan ramai adalah parut jerawat. Selalunya parut jerawat ini kelihatan sangat teruk dan ada juga yang menyebabkan kulit muka berlubang seperti gambar di atas.
Keadaan ini menyebabkan ramai yang tidak selesa dan kurang keyakinan diri dengan wajah yang tidak cantik. Jadi, menghilangkan jerawat dan memiliki kulit yang licin dan bersih adalah idaman bagi semua.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan parut jerawat antaranya adalah menggunakan serum hilangkan parut jerawat, ubat hilangkan parut jerawat, krim hilangkan parut jerawat dan banyak lagi. Namun tidak semua orang yang menggunakan ubat hilangkan parut itu berjaya. Hal ini demikian kerana kulit tidak sesuai dengan jenis produk hilangkan parut itu.
Cara yang paling selamat dan semulajadi adalah dengan menggunakan petua untuk hilangkan parut. Berikut adalah petua untuk hilangkan parut jerawat.
Gunakan Madu– Mula-mula ambil sedikit madu dan campurkan dengan bedak sejuk. Letakkan bedak sejuk yang bercampur madu itu pada kawasan yang ada jerawat. Lakukan 2 kali sehari untuk melihat hasil yang cepat.
Gunakan Timun– Hiris timun segar, dan tampalkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
Gunakan Lidah Buaya– Ambil daun lidah buaya dan belah dua supaya lendirnya keluar. Kemudian ambil lendir tersebut dan sapukan pada kawasan berparut. Lakukan 3 kali seminggu Insyaallah parut jerawat akan hilang.
Gunakan Asam Jawa– Ambil sedikit asam jawa dan ramas dengan bercampurkan air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa itu pada kulit yang berparut jerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air. Sebaiknya sapu sebelum tidur.
Gunakan Baking Soda– Campurkan dua sudu teh baking soda dengan sedikit air(jangan terlalu cair). Lumurkan campuran ini ke bahagian muka yang paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka menggunakan moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.
AMARAN! Elakkan mengutil pada tompokan dan parut- Mengutil parut akan mengganggu proses kulit anda untuk sembuh secara semula jadi dan boleh memburukkan lagi rupa parut. Mengutil jerawat yang sedia ada pula boleh menyebabkan kulit anda berparut kerana bakteria di tangan anda boleh dipindahkan ke muka menyebabkan radang dan jangkitan. Oleh itu, mengutil dan memicit hendaklah dielakkan sama sekali.
CARA PALING CEPAT UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT
Jika anda seorang yang sibuk dengan kerja seharian anda juga boleh menggunakan ubat penghilang parut jerawat iaitu Azanis Scar Serum. Azanis Scar Serum merupakan produk yang berupaya menolong menghilangkan kesan parut di muka dan badan walaupun parut itu sudah lebih 10 tahun. Sungguh menakjubkan dengan kesan produk ini.
Rossa Calla
antara petua paling mujarab untuk hilangkan jerawat
berita malaysia
kalau cara alami tu tak berkesan, guna je terus produk..
musadun
azanis ni sampai masuk dalam tv3 iklan dia..terbaik..
Amy
Jaga je laki awk ros…jgn sibuk nk promote shaklee..x sesuai.. suami awk tu curang…
Amy
Jaga je laki awk ros…jgn sibuk nk promote shakleei..x sesuai.. suami awk tu curang…