
Tips Diet Cara Menguruskan Badan Dan Makanan Untuk Diet
Rata-rata diantara kita khususnya rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti atau kegemukan mahukan tips diet dan cara menguruskan badan dengan berkesan. Cara untuk kurus bukanlah senang seperti iklan produk kuruskan badan.
Selalu kita melihat iklan produk kurus contohnya “kurus dalam masa seminggu” tetapi hakikat sebenarnya tidaklah seperti yang digambarkan. Gunalah produk apa sekalipun tetapi jika tidak ubah tabiat buruk diet kita anda tidak akan berjaya kurus.
Antara tabiat buruk yang selalu ada pada orang gemuk adalah tidak menjaga pemakanan dan tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Mereka mahu kurus tetapi makan tidak dijaga.
Mereka hanya makan produk kurus tetapi tabiat makan berlebihan masih lagi diamalkan. Itulah silap besar yang selalu dibuat oleh orang gemuk.
Ramai tidak tahu pentingnya makanan untuk diet. Bagaimana cara untuk diet? Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsikan satu kisah dari seorang yang dahulunya gemuk tetapi kini berjaya menurunkan berat badannya setelah mengikuti diet yang betul.
“KERJA GILA” lelaki ini akhirnya membuahkan hasil selepas GIVE UP untuk turunkan berat badan.
Cara Menguruskan Badan. Asalamualaikum, nama saya Islah dari Serdang Selangor, saya asal Dungun Terengganu.
Hari ni saya nak berkongsi bagaimana cara saya turunkan berat badan dengan cara pelik ni, tapi ini adalah cara saya dan ianya terbukti berkesan untuk saya. Jadi korang nak yakin atau tidak, terpulang dekat korang.
Sebelum tu, saya nak cerita apa masalah saya sebelum ni, dan korang pun mungkin ada masalah yang sama macam saya.
Korang pernah dengar ‘yo yo dieter’?
Mungkin korang ada masalah ni, tapi korang tak tahu masalah ni sebenarnya adalah ‘yo yo dieter’.
Baiklah, saya cerita sikit, sebenarnya, ‘yo yo dieters’ ni adalah orang yang sudah pun mengamalkan senaman, diet pemakanan. Dan mereka sudah berjaya turunkan berat badan.
Tapi kebanyakan mereka ni cepat naik balik badan bila mereka mula meninggalkan amalan diet dan senaman. Berat memang naik GILA BABAS punya cepat!.
So benda ni lah yang berlaku pada saya, saya dah pun pergi gym, mengamalkan diet dan hasilnya memanglah saya berjaya turunkan berat tapi bila stop, badan sangat cepat naik.
Sesetengah mereka yang mengamalkan diet ni, mungkin mereka mengamalkan diet yang menyakitkan ataupun diet yang tidak sihat. Mereka sanggup berlapar dan makan dalam jumlah yang sangat sedikit setiap hari. Berat memang boleh turun, tetapi bila mereka tidak mampu mengawal nafsu, mereka akan kembali makan, jadi pelahap dengan nafsu luar biasa. Mengalahkan nafsu kuda.
Apa yang terjadi? badan mereka akan kembali naik.
Inilah masalah yang saya hadapi, sehingga saya tercari-cari, apakah cara terbaik untuk kurus dalam jangka masa yang lama, dan maintain kurus buat selamanya. Saya pernah terfikir, untuk tidak makan , hanya meneguk air kosong, makan biskut kering ,kerana merasakan cara demikian boleh buat saya lebih kurus. Saya rasa makin tiada harapan, bila setiap hari mengadap kerja di ofis, mungkinkah ada peluang untuk saya mengamalkan komitmen diet yang tinggi, bersenam setiap hari dan ternanti-nanti badan yang fit seperti yang dinanti-nantikan.
Nampaknya, kekangan kerja buat harapan untuk jadi kurus semakin gelap.
Stress wehh , bila badan cepat balik naik dan kebetulan pulak, masa badan naik tu time nak raya, masa nak berjumpa dengan kawan lama, sedara mara, cikgu cikgi. dan masa itulah saya tengah gemuk.
Habis semua orang tegur, “hey islah , dah makin gemuk sekarang” hey makin sihat sekarang”, sehingga ada yang tegur dalam loghat tranu” doh guane mu yang gemok sangat leni, makang mende?”
Korang bayangkan apa yang saya rasa, padahal dah bekerja keras buat semua tu dua bulan sebelum tu, tapi semuanya sia-sia belaka.
Padahal dua bulan sebelum tu dah turun dah berat, dah boleh kurus sikit, tapi kebetulan mood malas dah datang, saya jadi gemok dengan sangat cepat.
Sampai bila saya nak jadi macam ni?
Korang tengok lah semua gambar-gambar saya ni.
Ni masa tahun lepas dengan berat dah 75 kg, ingatkan dah kurus, tapi bila tengok potret diri sendiri..ermmm
Ni saat saya paling obes, rasa nya dah paling limit, fuh stresssnya!

Ni lagi satu, gambar tahun lepas, masa ni saya aktif main gym, buat diet tapi tengoklah, double chin pun tak hilang, perasan sado, rupanya gemuk.
Diri jadi tak konfiden, takde semangat nak beli baju cantik, apa yang saya perasan banyak seluar-seluar dah tak muat, nak pakai baju fit sikit pun dah rasa malu sebab badan tu dah terlalu besar.
Korang boleh tengok sendiri kan, sekarang ni, terlalu banyak ubat kurus, fat burner yang khusus untuk membakar lemak.
Ya saya tak kata yang produk mereka tak bagus, tetapi kebanyakan produk mereka hanya fokus untuk membakar lemak dan hilangkan masalah perut buncit “katanya”.
Yes memang boleh turunkan berat, tetapi bila dah stop guna produk tu, berat naik dengan sangat cepat. Saya sendiri pun dah guna produk fat burner ni, memang terbukti membantu meningkatkan metabolisme, tetapi ianya tidak memberi kesan jangka panjang secara keseluruhan.
Saya tak nak la mention, fat burner jenama apa, sebab jenamanya agak popular, tetapi kita boleh kurus dengan cepat, tetapi berat dan lemak naik dengan sangat cepat apabila kita berhenti menggunakan produk tersebut.
Sehinggalah saya bertemu dengan satu kaedah cara kurus dengan berkesan ni, hasil daripada perkongsian dari kawan dan pemahaman saya.
Saya telah diperkenalkan tentang program clean 9, dimana ianya adalah program pengurusan berat badan yang mengabungkan cleansing + detoks + pengurusan berat badan.
Mungkin korang ada masalah yang sama dengan saya, terpulanglah kepada korang nak mengakuinya atau tidak.
Tapi korang lihat sendiri, apa pendedahan dari pakar nutrisi tentang cara kurus dengan diet detoks berbanding diet biasa.
Sebenarnya, proses cleansing adalah cara nak kuruskan badan dengan proses membuang toksin terlebih dahulu sebelum kita menjalankan aktiviti pengurusan berat badan. Bila toksin terlalu banyak dalam badan, berat susah nak turun, dan kalau berat turun pun , mudah untuk badan naik balik disebabkan aktiviti diet yang tidak sihat yang menyumbang kepada toksin yang semakin banyak.
Jadi badan naik dengan cepat.
Saya sebenarnya tak berapa yakin lagi dengan cara detoks + diet + senaman ni tapi disebabkan saya dah tak jumpa cara lain dan tercari-cari bagaimana saya boleh kurus dengan maintain dalam jangka masa panjang. Saya rasa saya patut cuba cara ni.
Saya tak cakap pun, saya kurus tanpa buat diet, yes saya masih lagi buat diet tapi diet yang saya buat sangat simple dan sangat mudah untuk orang yang tak biasa diet amalkan.
Saya hanya mengamalkan amalan diet simple ini seperti stop minum air manis, defisit kalori, masih makan nasi macam biasa dan tidak makan pada waktu tengah malam.
Itu sahaja yang saya buat, takde la hardcore sangat sampai tak makan nasi, makan ayam rebus, daging rebus, ubi rebus. Dah macam pelarian palestin. Diet seperti ini ok tetapi susah untuk saya amalkan. Korang nak main rebus-rebus cubalah, tengok berapa lama boleh tahan.
Jadi inilah hasilnya, dan ini adalah gambar terbaru saya pada tahun 2017. Biar gambar berbicara, betapa puas hatinya saya setelah mengamalkan set produk clean 9 ini.

Barulah konfiden nak pakai kurta fit ikut saiz badan, Korang nak tak macam ni?

Buat pertama kali dalam hidup, tempah baju melayu custom made ikut saiz badan, slim fit, amacam, nak tak macam ni? Happy ke terlajak happy?
Bila orang tegur kita dah kurus, ianya satu kepuasan yang susah nak digambarkan, dan kalau boleh saya pun nak korang rasa apa yang saya rasa.
Bukanlah minta dipuji hensem ke apa, tapi sekurang-kurangnya respon respon yang macam ni boleh buat korang ada semangat baru, diri yang baru dan lebih konfiden untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.
Kalau yang still single tu, toksah bimbang lah, sampai lah jodoh nanti tu, kalau dah kemas, elok nanti, gitewwwww..
Jadi saya nak dedahkan ini lah pelaburan saya untuk kembali kurus dan berjaya turunkan 10kg.
Ternyata, pelaburan saya menggunakan set nutrisi clean9 ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Mungkin kalau korang beli produk pembakar lemak, lebih murah, tapi kurus untuk jangka masa pendek je dan gemuk balik. Buang masa
Berbanding, melabur dengan set pengurusan berat badan yang membantu secara keseluruhan untuk jangka masa panjang..mana lagi berbaloi? Cuba jawab.
Sebab apa set clean 9 ini berbaloi untuk saya berbanding dengan produk lain?
1.Sebab saya tak risau badan naik balik, clean9 seperti foundation yang menyediakan tubuh badan sangat responsif dengan nutrisi yang berkhasiat, metobolisme yang maintain dan tak risau badan naik balik. Walaupun saya stop hampir dua bulan, tidak mengamalkan clean 9, badan saya masih maintain, walaupun kadang-kadang terlajak makan.
2.Badan sentiasa bertenaga, kulit semakin licin kerana dilengkapi dengan vitamin untuk kulit.
3.Otak makin fokus dan boleh produktif semasa bekerja.
Boleh ke kurus tanpa mengamalkan set clean9 ni ?
Boleh je, korang boleh teruskan dengan diet seperti biasa, makan makanan yang mengandungi nutrisi yang sihat dan senaman.
Tapi mungkin korang akan perasan, kadang-kadang berat badan susah nak turun kerana korang tak tahu, banyak mana toksin yang korang kumpul setiap hari, hasil daripada makanan bergoreng, air manis yang susah nak dikawal.
Bila korang mengamalkan clean9, ianya seperti badan anda sentiasa diservis dan dicuci dengan minyak pelincir setiap hari, seperti enjin kereta yang baru diservis.
Kereta sendiri pun, kalau minyak hitam dah berkeladak sebab lama tak servis, takde gunanya letak minyak gear, minyak pelincir paling mahal dari USA. Enjin tak boleh nak serap kelebihan minyak tu sebab dah lama tak servis minyak hitam.
Begitu jugalah badan kita ni, bila badan dah servis barulah berbaloi nak makan suplemen mahal-mahal, sebab badan kita dah ready untuk terima khasiat nutrisi daripada makanan. Kalau tak servis, makan lah makanan yang sihat macam mana pun, jadi najis je.
Taknak ke berubah jadi macam ni, dan korang mula mendapat perhatian si dia?
Biarlah orang kata cinta tidak mengenal rupa, tetapi manusia pada fitrahnya sukakan yang cantik dan indah.
Menjaga kesihatan dan kecantikan diri ni sangat dituntut, dan janganlah kita biarkan diri kita semakin hari semakin tak sihat dengan lemak, kolestrol yang boleh menyumbang kepada penyakit yang tak kita ingini di masa akan datang. Jom kita bermula sekarang.
Kalau korang nak follow dan dapatkan nasihat dari saya untuk dapatkan set clean 9 ni, boleh follow
Channel telegram saya di sini t.me/clean9islah dan hubungi saya di talian 014-5281490 untuk mendapatkan sesi konsultasi dengan saya bagaimana menggunakan set clean9 dan pemakanan yang betul.
Anuar
Setuju…
Nak berdiet cara menguruskan berat badan kena seimbang….
Kena jaga pemakanan disamping mengamalkan cara hidup yang sihat…