BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

ammar May 20, 2015

petua hilangkan sakit gigi.jpgPETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

Petua Cara Hilangkan Sakit Gigi. Sakit gigi adalah antara sakit paling menyeksakan dan ada yang berpendapat sakit gigi adalah antara sakit yang paling sakit didunia. Silap hari bulan keseluruhan tubuh badan akan merasa sakit dan tidak senang duduk dibuatnya.

Sakit gigi tidak kira masa siang atau malam. Jika sampai waktunya sakitnya akan datang tanpa ditunggu. Mungkin sakit pada waktu siang anda boleh pergi ke klinik gigi dan mendapatkan rawatan segera tetapi jika sakit pada waktu malam mungkin ada perlu memikirkan ikhtiar lain yang boleh mengurangkan sakit gigi.

Kali ini saya ingin berkongsi petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi. Berikut adalah petua untuk hilangkan sakit gigi:

  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Semoga petua ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalami sakit gigi. Selamat mencuba!

Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT
    October 9, 2015 5
  • Mata Nyaris Buta Gara-gara Pakai Contact Lens
    Kerana Mahu Cantik, Mata Nyaris Buta Gara-gara …
    April 25, 2017 1
  • Kuning Telur
    Penting! Inilah Sebabnya Kenapa Anda Kena Tengok …
    January 16, 2017 0
  • hukum khitan bayi perempuan.jpg
    Berkhatan Bayi Perempuan Satu Penghormatan Atau Kezaliman?
    March 13, 2016 3
  • laman web jual produk kesihatan
    5 Laman Web Membeli Belah Produk Kesihatan …
    September 1, 2018 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2022 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network