BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

PH Calonkan Dr M dan Anwar Jawatan PM, Setaraf PM?

ammar

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Pakatan Harapan (PH) bersama sekutunya yakin akan dapat memutuskan calon perdana menteri mereka menjelang Selasa.

Hari ini adalah hari selasa namun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Pakatan Harapan (PH).

Pakatan Harapan + (PH+) dijangka mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) mereka dalam masa terdekat.

Sinchew Daily melaporkan, PH setakat ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM manakala Tun Dr. Mahathir akan dicadang sebagai Menteri Mentor yang setaraf dengan mendiang Lee Kuan Yew di Singapura.

Walau bagaimanapun, hasil rundingan belum dimuktamadkan dan Dr. Mahathir yang mencadang diri sebagai PM difahamkan juga menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Anwar bagi mengelakkan syak wasangka.

Cadangan Dr. Mahathir itu bagaimanapun tidak dipersetujui PH.

Sumber berkata, rundingan mengenai calon PM telah sampai ke penghujungnya dengan pemimpin tertinggi PH+ akan mengadakan mesyuarat terakhir sebelum memuktamad calonnya.

“Hampir selesai perbincangan ini, kini memasuki peringkat terakhir. Biasalah, kami perlu berunding tentang syarat-syaratnya sebelum pelantikan dibuat

“Esok (Selasa), kami akan serah kepada lima pemimpin PH+ untuk berbincang dan mengumumkannya.

” Ya, PKR, DAP dan Amanah menyokong Anwar sebagai PM, tetapi PH sekadar mempunyai 91 kerusi dan kami perlu berbincang dengan parti lain untuk mencapai sasarannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Katanya, perundingan sebelum ini tersekat kerana Dr. Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan dan beliau menerima sokongan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Walaupun perbincangan akhir akan dijalankan, tetapi sumber tidak menafikan hasil rundingan mungkin di luar jangkaan malahan berakhir dengan kegagalan sekiranya masing-masing Anwar dan Dr. Mahathir enggan bertolak ansur.

ARTIKEL LAIN  Masuk "High End Boutique", Promoter Pandang Atas Bawah Padahal...

“Jika rundingan tidak berhasil, maka ia bermakna Anwar dan Dr. Mahathir masing-masing perlu bertindak secara persendirian untuk mendapat sokongan 112.

“Keadaan politik di Sabah mula menunjukkan tanda-tanda tidak stabil. Adakah Mohd Shafie akan bertukar menyokong Anwar untuk menghadapi keadaan ini?

“Keadaaan juga sama untuk GPS di Sarawak, bukannya tidak mungkin jika mereka beralih menyokong Anwar,” katanya.

Mengenai calon Timbalan Perdana Menteri, sumber berkata, ia tidak disentuh dalam mesyuarat, walaupun nama seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mohd. Shafie telah disebut dalam perbincangan persendirian.

Sumber berpendapat, sekiranya rundingan gagal, maka ia bukan perkara terburuk buat PKR kerana parti itu masih mempunyai peluang pada pilihan raya akan datang untuk membentuk kerajaan.

Jika kali ini tidak berjaya, mungkin PRU ke-15 adalah medan sebenar untuk menentukan kekuatan mereka. Adakah rakyat mula yakin dan percaya dengan agenda yang diperjuangkan oleh PKR? Hanya Pilihan Raya Umum (PRU) dapat menentukan segalanya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • biodata alieff irfan selebriti youtube 1
    Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan RM300,000 …
    February 19, 2019 1
  • bella astillah menangis
    Suami Buat Hal Lagi, Bella Astillah Tunjuk …
    February 27, 2019 0
  • kambing
    Bunyi Mengembek Lain Macam di Kandang, Tak …
    May 13, 2024 0
  • mualaf murtad
    Viral Mualaf Ditinggalkan Suami Hidup Susah dan …
    July 25, 2017 1
  • Sultan_Muhammad_V
    Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Darjah Kebesaran …
    February 7, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)