BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tun M Menghadap Yang di-Pertuan Agong? Pegawai Dedah Perkara Sebenar

ammar June 2, 2020

Beberapa hari lalu ada pihak yang tularkan berita mengenai rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah sokongan majoriti Ahli Parlimen yang dikatakan telah diperolehi seramai 129 kerusi.

Namun, sehingga hari ini tiada berita yang mengesahkan kesahihan khabar angin itu. Khabar angin itu boleh dikatakan sebagai “berita tidak benar” yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, seperti yang tular di media sosial, beberapa hari lalu.

Pegawai Dr Mahathir memaklumkan, jadual harian Dr Mahathir hari ini juga tiada perjumpaan dengan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Hari ini tidak ke istana (Istana Negara). Tiada juga pertemuan dengan pemimpin PH,” katanya kepada BH, hari ini.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mesej mengatakan Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, semalam atau hari ini untuk mempersembah surat sokongan daripada 129 Ahli Parlimen bagi membolehkan PH membentuk semula kerajaan.

Mesej itu turut menyebut PH dikatakan bakal mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Desas-desas perubahan kerajaan itu turut diperkuatkan lagi dengan hantaran dibuat beberapa pemimpin PH di dalam media sosial dalam tempoh 48 jam lalu mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini berada di hujung tanduk dan menunggu masa berakhir.

Kerajaan PH yang wujud selepas 9 Mei 2018, terbubar selepas 22 bulan mentadbir negara, susulan keputusan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.

Krisis politik dan pentadbiran negara ini berakhir apabila kerajaan PN ditubuhkan dan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 yang mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac lalu, selepas mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

PN yang dibentuk pada 23 Februari lalu, menggabungkan 113 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), PAS, BERSATU, bekas PKR, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta Bebas.

Namun, sejak akhir-akhir ini pihak pembangkang mula mengatakan yang Pakatan Harapan(PH) bakal memerintah Malaysia kembali dengan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Sehingga kini belum ada lagi laporan rasmi yang menunjukkan bahawa PH mendapat sokongan majoriti. Oleh itu, berita ini jugak boleh dikategorikan sebagai khabar angin sahaja.

Menerusi bancian di media sosial, rata-rata rakyat Malaysia selesa dengan kerajaan Perikatan Nasional(PN) yang wujud pada hari ini. Rakyat juga “muak” dengan tingkah laku sebahagian ahli politik yang seringkali “bermain politik” walaupun negara sekarang sedang diancam dengan Pandemik Covid-19.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. acu

    SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini 🙂 done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    June 2, 2020

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Gadis Alami Pendarahan Teruk Ditumbuk Tunang
    Gadis Alami Pendarahan Teruk Ditumbuk Tunang
    November 9, 2016 0
  • pu abu
    PU Abu Tidak Akan Memberi Kenyataan Sehingga …
    April 24, 2019 0
  • sultanmuhammad
    Penyokong PH Minta Agong Berhenti Ganggu Kerajaan …
    June 4, 2018 0
  • TMJ Dedah Bukti Penyelewengan
    TMJ Dedah Bukti Penyelewengan Tan Sri Ketika …
    January 12, 2017 0
  • shukrey
    Hentikan Fitnah, Shukrey Sebenarnya Tak Bersalah
    September 28, 2017 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)