Kisah perkahwinannya dengan seorang lelaki dari Bali, Indonesia pernah mengejutkan dunia akhir tahun lepas. Kisah cinta dua insan yang berlainan benua iaitu Benua Asia dan Benua Eropah sedikit sebanyak telah membuatkan kita percaya yang cinta itu tidak mengenal warna kulit.
Kisah Karna Radheya atau nama sebenarnya Nur Khamid dari Bali, Indonesia yang tular gara-gara menikahi seorang wanita persis Paris Hilton, Polly Alexandria Robinson, 22, dari Manchester.
Kisah perkahwinan mereka telah mendapat perhatian ramai dari seluruh pelosok dunia. Perkahwinan mereka telah diadakan mengikut adat istiadat masyarakat Indonesia. Mereka berkenalan dan mengambil keputusan untuk berkahwin, ketika Nur Khamid bekerja sebagai pemandu pelancong di Bali, dan mengenali Polly.
Perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana dan Polly telah memeluk Islam enam bulan sebelum mereka bernikah.
Namun, kebahagiaan sebagai pasangan isteri dikecapi tidak lama apabila isteri kepada Nur iaitu Polly Alexandria Robinson membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya.
Tidak sampai sebulan berkahwin, Polly telah mengambil keputusan untuk kembali ke England bagi menyambung pengajiannya di negara asal. Berita itu telah disampaikan oleh Polly menerusi satu muat naik posting di Instagramnya.
Polly Alexandria Robinson Kini Kembali
Setelah hampir 6 bulan meninggalkan suaminya di Indonesia, akhirnya Polly kembali dan kisah mereka kembali mencuri tumpuan. Ini kerana Polly telah berkongsi gambar-gambar terbaharu mereka di Instagram (IG) miliknya setelah pulang berjumpa dengan suaminya di Bali bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan kini mereka masih bercuti.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan itu, mereka berdua juga turut bercuti ke Malaysia termasuk melawat Menara Berkembar Petronas (KLCC), Batu Caves dan pelbagai tempat lagi.
Melalui perkongsian itu, Polly turut mengimbau kembali pertemuan dengan suaminya itu.

” Saya sama sekali tidak mencari apa-apa ketika bertemu dengan kamu. Sebenarnya, saya tidak merancang untuk jatuh cinta pada siapa pun secepat ini. Tapi kemudian aku bertemu denganmu. Dan begitulah… Saya rasa perkara yang berlaku.
” (I wasn’t looking for anything at all when I met you. Actually, I wasn’t planning on falling for anyone so soon. But then I met you. And that was it… I guess things just happened).
” Saya bertemu kamu dan saya perlahan-lahan ingin menghabiskan waktu bersama. Sederhana saja. Itu mudah. Dan saya fikir itulah awal mulanya hubungan terbaik. Kamu tidak mencari apa pun dan tiba-tiba sedar; kamu punya sesuatu #ourstory #instalove
” (I found you and I found myself slowly wanting to spend time with you. It was simple. It was easy. And I think that’s how the best relationships begin. You’re not looking for anything and then suddenly you realise; you have something),” tulis Polly di Instagram miliknya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet.
” Saya berasa gembira melihat kebahagian anda berdua, semoga akan berterusan dan membuktikan bahawa cinta tidak mengenal status, jarak, warna kulit dan segalanya. Saya ingin menyaksikan bahawa cinta yang anda tunjuk lebih hebat dari kisah Romeo dan Juliet,” tulis mo.santoso.
” Saya berharap (kamu berdua) bahagia bersama selamanya,” tulis evirisbayanti.
” Cepatlah kamu berdua dapat ‘baby’,” tulis vie_ion pula. Pernikahan pasangan itu tular di media sosial setelah rakaman berdurasi 13 saat memaparkan pernikahan mereka di Jawa Tengah pada 16 Disember lalu telah dimuat naik di Facebook Eris Riswandi meraih hampir satu juta tontonan.
“Anda tahu itu cinta sejati ketika, tidak peduli seberapa jauh jaraknya, dia masih bisa membuat Anda tersenyum. Saya sangat bersyukur atas setiap momen yang dihabiskan bersama Anda, dan saya bangga kembali ke England untuk menyelesaikan tahun terakhir universiti saya dengan mengetahui bahwa itu akan membantu menciptakan sesuatu yang indah di masa depan kita.”
“Aku mencintaimu Suamiku.Terima kasih Indonesia, Anda telah menjadi bagian dari petualangan bersama kami dan kami akan terus memperbarui Anda, Sampai jumpa di 2019!”.
Kisah cinta antara Nur dan Polly ini membuatkan kita percaya yang cinta dan kesetiaan masih lagi banyak wujud di dunia ini. Dengan cinta yang setia dan saling mempercayai satu sama lain tidak mampu untuk dimusnahkan walaupun hidup berjauhan.
Nur dan Polly berjaya buktikan bahawa cintanya masih lagi kekal walaupun mereka tinggal berjauhan beribu batu.