BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

India Mabuk Langgar Peniaga Hingga Mati Diikat Jamin RM8000 dan Mengaku Tidak Bersalah

ammar

Seorang lelaki India, G Ravi, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang sedang berniaga nasi lemak, Ahad lepas.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Roslinda Mohamad Isa, 44, yang sedang berniaga nasi lemak di tepi jalan Taman Bertam Indah, di sini pada 10 pagi, Ahad.

Pekerja ladang itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan didenda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap 20 haribulan serta menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan kes.

Baru-baru ini juga viral satu video berkaitan kemalangan yang membabitkan kematian peniaga nasi lemak Roslinda Mohamad Isa, 44.

Dalam video berdurasi 2 minit 6 saat itu, kelihatan seorang lelaki India yang sedang mabuk bercakap sambil gelak ketawa setelah melanggar peniaga nasi lemak sehingga mati.

Video itu mendapat kecaman ramai kerana lelaki india itu seakan-akan tidak merasa bersalah melanggar orang lain sehingga mati dan masih boleh bergelak ketawa.

ARTIKEL LAIN  Akhirnya Terbongkar! Pemilik Kereta Dedah Kenapa Parking Depan Rumah Jiran
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Hantu Kak Limah 2018
    Hantu Kak Limah 2018 Full Movie Online …
    August 13, 2018 1
  • pondan bertaubat kembali jadi pondan
    Penat Jadi Baik, Akhirnya Safiey Ilias Tekad …
    September 5, 2016 0
  • pelawak terkenal
    Pelawak Terkenal Ditahan Polis
    June 27, 2019 0
  • syed saddiq
    “Kita mesti berani berfikir di luar kotak” …
    April 26, 2019 0
  • Encik Azizan Osman
    Akhirnya Encik Azizan Osman Bersuara Isu Gelaran …
    September 29, 2016 4

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)