BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Selepas Ditegur Ini Respon Aliff Syukri Kepada Nik Abduh

ammar

 Aliff SyukriSelepas Ditegur Ini Respon Aliff Syukri Kepada Nik Abduh

Beberapa hari lepas, Nik Abduh dari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegur usahawan produk kecantikan dan kesihatan ternama, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana menyiarkan iklan D’Herbs yang menjolok mata di akhbar Sinar Harian(16/1/2017).

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat teguran itu atas tanggungjawab sebagai seorang muslim supaya saudara seagamanya mentaati setiap perintah Allah S.W.T. Menurut beliau, iklan yang mendedahkan aurat wanita seperti disiarkan dalam akhbar Sinar Harian itu adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh agama.

BACA ARTIKEL PENUH KLIK SINI

Susulan daripada teguran itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengeluarkan satu kenyataan di akaun instagramnya.

Respon Aliff Syukri Kepada Nik Abduh

Saya sedia terima teguran tapi…

Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar. Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau.

Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat-nasihat yang baik.

Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu”.

Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D’herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.

Sumber Asal: Instagram Aliff Syukri

ARTIKEL LAIN  Pesan kat adik-beradik kita..Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti...
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • status-phd-dr-azizan-osman-penipu
    Kenyataan Rasmi Penipuan Status PhD Dr Azizan …
    October 6, 2016 4
  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1
  • anwar senyum
    Anwar Yakin Jadi PM Dengan Sokongan Majoriti
    April 17, 2020 0
  • Peniaga Udang
    Kisah Peniaga Udang Racist Yang Menjadi Viral …
    January 9, 2017 2
  • minyak
    Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 …
    April 26, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)