BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • ABOUT
  • DISCLAIMER
  • POLICY
  • SITEMAP
  • INFO
  • TRAVEL
  • TRENDING

Kerana Status “Anti Vaksin” Imam Muda Ammar Dihentam Teruk Nitizen

ammar June 22, 2016

Imam Muda AmmarKerana Status “Anti Vaksin” Imam Muda Ammar Dihentam Teruk Nitizen

Beberapa jam yang lepas menjadi trending di laman sosial facebook dengan status facebook seorang imam muda yang bernama Imam Muda Ammar. Rata-rata pengguna laman sosial menghentam teruk dengan status “anti vaksin” yang ditulis oleh imam muda tersebut.

Status facebook yang berbunyi ” 1 kes budak tak vaksin maut terlalu diribut-ributkan. Oh..ingatkan 90%. Rupanya 1% pun tak sampai. Tak tahu pulak Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pulak budak yang vaksin dapat extra nyawa. Untunglah… Jangan marah. Tanya je. Kalau ada PM ya”.

Status tersebut telah menimbulkan perasaan marah majoriti rakyat Malaysia dan facebook milik Imam Muda Ammar diserang oleh nitizen.

Status 1

Setelah diserang teruk akhirnya status itu dipadam. Namun tidak habis setakat itu. Sekali lagi dia dihentam teruk.

Status 2

Status 3

Akhir-akhir ini wujud golongan ibu bapa yang “anti vaksin” dan tidak mahu anaknya diberikan suntikan vaksin. Hal ini belaku  kerana mereka percaya dengan berita-berita dari internet tentang bahaya vaksin, padahal berita itu ditulis oleh orang yang tidak ahli atau pakar dalam bidang perubatan. Ramai yang percaya dengan “GOOGLE” berbanding dengan nasihat yang diberikan oleh doktor yang memang terbukti ahli dalam bidangnya.

Share
Tweet
Prev Article
Next Article

10 Comments

  1. Busey

    Betul apa imam muda ammar tu ckp.korang yg vaccine ank tu kan kononnya dh ada ‘protection’ kenapa mesti takut lg dgn virus? (Konon2nya golongan antivirus la yg bawak) hempehhh..ibarat dah pakai baju besi tp cedera jugak kena pistol gitu kan.lawak la korang golongan provaccine ni

    June 22, 2016
    • skolahkanbusey

      Busay simpan sikit bodoh tu kawan. Vaccine tu ibarat pakai baju besi berbanding ko bogel dan terjah jugak nak pi perang. Ko rasa apsal Allah ajar nabi daud macam mana nak buat baju besi? Baik Nabi daud pakai pelepah kumar je macam tu takyah pakai ikhtiar yang Allah da ajar. Dan dari zaman ke zaman telah membuktikan manusia perang pakai baju besi pun tetap ada yang mati. Tapi takde la semua. Susah kalau cakap dgn manusia takabbur dan bodoh sombong ni. Teruskanlah tak payah ikhtiar hidup. Jangan gosok gigi, mulut akan kekal wangi.. Jangan syampu rambut rambut akan kekal berseri. Jangan solat la pasal confirm masuk syurga. Lawak la korang golangan antivaccine ni.

      June 22, 2016
    • mode893

      Diantara perkara yang dilarang oleh Rasulullah ialah berdebat dengan orang yang jahil kerana membuang masa. Saya amat pasti dengan statement saudara, amat jelas saudara adalah orang yang lemah ilmu yang bersanad (biasanya Melayu saja yang macam ni, tong kosong), oleh itu, tanyalah kepada mereka yang tahu, bukan tanya google atau antivaxers sahaja

      June 22, 2016
    • Imam Kuda Batu Ampar

      Busey is just as dumb as the ‘imam’ – these are the species of spastics, retards and autistic dumb-fucks that a mandatory anti-stupidity vaccine be imposed. The world is better off with such bullshit Astro ‘imams’.

      June 22, 2016
    • Musey

      Bijop buat perumpaan mcm tu. Mudah.

      Tu la dulu mak pak hang hantaq pi sekolah hang buat pa? Mengaji kueh betui la.

      June 23, 2016
  2. kharidjatou saroush

    hello.. its not about vaccine actually..its about..hurting others feeling..its about death of someone..when imam muda ammar said like that.. its such a rude thing. making jokes of someone death. i think there’s a lot of children in this world were not supplied with vaccine but that that is a type of precaution. Regardless either it vaccines or not but i think as someone who have better education about islam, should’nt say that. I think there’s a lot kind of status he can post that will not hurt others feeling. I know this is not how islam behave but he’s now making it bad for non-muslims.

    June 23, 2016
  3. Aku

    Adoii Busey.. Apa ko merepek nie?? mmg anak yang dah vaccine tu dah ada protection, skrg nie orang takut penyakit tu melarat kepada anak yang tak vaccine (ibu bapak dia antivaccine) dan anak yang belum sempat kena vaccine (ibu bapa dia provaccine). Hampehhh… ibarat kena tembak sebab tak sempat nak pakai baju besi sebab baju besi tu ada orang yang sorokkan… Lawak la ngko yang antivaccine nie..

    June 23, 2016
  4. manusia biasa

    heran betulla org kita. suka baca smbil lalu ke atau baca betul2 sbnrnya yg cuba dismpikan oleh statement tu. imam tu bukannya ade ckp jgn guna vaksin pon. dia cuma tegur org2 yg terlalu membesar2kan isu vaksin je smpi ade yg anggap tak ambil vaksin tula punca ajal walhal vaksin itu cuma usaha kita utk mengelakan penyakit. hidup mati itu ketentuan Ilahi.

    June 23, 2016
  5. Rahsia

    Aku lagi heran dengan semua orang zaman sekarang, pasal benda ni pun boleh gaduh. Padahal masing-masing TAHU dah. Setiap manusia ada pikiran sendiri, sebab tu lah wujud perkataan TOLERANSI. Tapi aku memang heran sebab semua orang tahu benda ni, pasal cara hidup bermasyarakat. Tengok skrng jadi ape, cmtu je kena tipu, dijadikan status facebook sebagai alat merosakkan manusia. Siapa dalangnya? Tak lain tak bukan syaitan.

    June 23, 2016
  6. MOHD RAZIF BIN AZIZ .

    Buat busey…Mmg la yg dh kna vaksin x prlu risau kena penyakit…tp itu hnya untuk virus generasi asal …Kita amik contoh virus tibi misalnya….rata2 yg ambil suntikkan bcg adalah imun terhadap btuk kering ni….tapi bila ada yg tak buat bcg imun diorg akan ada potensi untuk jadi hos virus tibi ni..Kita tahu bila virus ni membiak akan ada peluang untuk mutasi gen diri virus tersebut…virus tibi jenis baru bleh muncul Dan badan orang yg dah terima bcg x akan mengenalu virus baru ni Dan bleh dihinggapi penyakit tibi variasi baru tu…sbab tu penting klu masyarakat buat imunisasi bagi menghilangkan potensi virus untuk mencari hos

    June 25, 2016

Leave a Reply

Cancel reply




Related Posts

  • Netizen Pertikai TV Alhijrah Jemput “Scammer” Sebagai …
    March 28, 2019 0
  • Ngeri! Tangan Pengacara Ini Melecur Semasa LIVE …
    March 22, 2017 1
  • Saya berdoa semoga dia selamat, tapi Allah …
    July 28, 2017 0
  • Ustaz Ustazah
    Sejak Peristiwa Itu Saya Tak Percaya Lagi …
    May 3, 2017 0
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1

BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
Copyright © 2019 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network