BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Buat Semakan Keputusan SPM Online 2023

ammar

Calon yang ingin memeriksa keputusan peperiksaan sekarang boleh melakukannya secara atas talian dengan melayari laman web khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM atau Kementerian Pendidikan Malaysia bakal mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2022 pada 8 Jun 2023 iaitu hari (Khamis). Jumlah yang berdaftar peperiksaan SPM Tahun 2022 mencapai 403,637 orang di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara. Bagi menjaga integriti peperiksaan, KPM telahpun melantik 131,318 petugas peperiksaan yang dipertanggungjawabkan di dalam penyelenggaraan dan pentadbiran peperiksaan SPM ini.

Bagi calon sekolah untuk membuat semakan keputusan spm, keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 akan diberikan kepada mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagi calon peperiksaan persendirian, mereka akan terima keputusan peperiksaan melalui kiriman pos atau boleh terus hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berkaitan dengan lokasi pendaftaran peperiksaan.

KPM memberikan perhatian kepada pelaksanaan yang cekap dan adil dalam pengumuman keputusan peperiksaan ini, dan berharap setiap calon akan mendapat keputusan yang memuaskan supaya dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi selepas ini.

semakan keputusan spm 2023

Cara Semakan Keputusan SPM

Semakan keputusan spm boleh dibuat dengan hanya melayari laman web yang disediakan iaitu myresultspm.moe.gov.my. Pelajar haruslah memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian klik pada butang semak.

PERHATIAN Laman ini tidak bertujuan untuk mencetak slip keputusan peperiksaan calon. Calon perlu mendapatkan slip keputusan peperiksaan di sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (bagi calon persendirian).

Bila keputusan SPM 2022 diumumkan?

Pada 8 Jun 2023.

Adakah terdapat semakan secara atas talian?

Ya. KPM menyediakan pautan semakan.

Semakan keputusan SPM 2023 ini juga boleh dibuat melalui SMS dengan hanya menaip: SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

ARTIKEL LAIN  Cara Buat Semakan Ibu Bapa SAPS 2017

Diharap supaya artikel ini dapat membantu adik-adik SPM tahun 2022 untuk membuat semakan keputusan SPM mereka. Jika merasakan artikel ini bermanfaat sila kongsikan artikel ini sekarang kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2023 / 2024 Secara Online
    May 27, 2024

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Tahun 2016
    Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Tahun …
    July 27, 2016 0
  • kantin-sekolah
    Kenapa Orang Tidak Mahu Makan Dengan Saya? …
    August 20, 2017 2
  • upm
    Pergi UPM Naik Helikopter, Sumbang RM1 Juta
    January 23, 2018 1
  • kos yang ditawarkan di usas
    Kos Yang Ditawarkan di USAS, Universiti Sultan …
    June 12, 2023 0
  • cara sambung belajar ke luar negara
    Cara Sambung Belajar ke Luar Negara Bagi …
    September 23, 2017 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)