Cara Sambung Belajar ke Luar Negara Bagi Rakyat Malaysia
Pernahkah anda mempunyai cita-cita untuk sambung belajar ke luar negara? Jika pernah, artikel ini sangat sesuai untuk anda baca sehingga habis. Mungkin ramai yang mahu sambung belajar ke luar negara tetapi tidak tahu bagaimana cara langkah demi langkah untuk menyambung pelajaran mereka itu.
Justeru, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua langkah demi langkah untuk sambung belajar ke luar negara bagi rakyat Malaysia.
Langkah Demi Langkah Sambung Belajar ke Luar Negara
Terdapat beberapa langkah untuk diikuti bagi menyambung pelajaran ke luar negara antaranya adalah seperti berikut:
- Pilih Bidang Pengajian– Sebelum memohon sambung belajar ke luar negara anda perlu pilih bidang apa yang anda mahukan. Kita bebas memilih bidang yang kita minat walaupun tidak ada kaitan dengan pelajaran sebelum ini(SPM/Diploma).
- Memilih Universiti Mengikut Bidang– Setelah selesai memilih bidang apa yang ingin belajar kini tiba masanya untuk anda mencari universiti yang sesuai mengikut bidang itu. Sebagai contoh jika anda ingin menyambung pelajaran peringkat Master anda boleh menaip di google perkataan seperti “master in business administration in uk”. Google akan menyenaraikan universiti yang menawarkan jurusan yang anda mahukan itu. Kebanyakan Master di United Kingdom(UK) adalah selama setahun berbanding di Australia atau New Zealand selama setahun setengah hingga dua tahun.
- Hubungi IDP Ejen– Jika anda mahu memudahkan urusan sambung belajar di luar negara anda dinasihatkan untuk menghubungi IDP Agent. Ianya adalah satu organisasi yang menguruskan pelajar-pelajar yang mahu sambung belajar di luar negara seperti UK, Australia & New Zealand. Ataupun dipanggil “education agent”. Anda boleh menggunakan servis IDP ejen ini dari awal sehingga akhir permohonan anda tapi risau mengenai pembayaran. Servisnya adalah PERCUMA.
- Dapatkan referee form– Bagi yang ingin sambung belajar di peringkat master anda diwajibkan untuk membuat referee form. Pastikan anda mempunyai sekurang kurangnya 2 orang untuk menjadi referee anda. Seelok-eloknya pensyarah anda semasa degree. Setiap universiti mempunyai borang referee form yang berbeza.
- Teliti Syarat Permohonan– syarat bahasa inggeris, kos yuran dan juga modul pembelajaran
- Kumpulkan Sijil-sijil– Pastikan anda mempunyai salinan sijil seperti sijil akademik, sijil transkrip, gambar ukuran pasport, passport dan borang referee dalam bentuk PDF dan diletakkan didalam 1 file.
- Translate Sijil– Jika anda tidak mempunyai sijil dalam bahasa selain Bahasa Inggeris.
- Buat Pemohonan– Jika semuanya lengkap anda boleh membuat permohonan. Biasanya memohon sambung belajar ke universiti luar negara ini menggunakan sistem online. Anda boleh memohon terus di laman web universiti yang disediakan.
- Mohon Biasiswa– Buat carian di google universiti yang TOP 100 di dalam dunia. Selalunya untuk memohon biasiswa, pihak penaja akan mewajibkan pelajar mohon sambung belajar di universiti yang TOP 100 di dalam dunia.
Selamat Sambung Belajar ke Luar Negara!
Di atas ini adalah serba sedikit langkah demi langkah buat anda yang mahu sambung belajar di luar negara. Langkah ini mungkin berbeza mengikut kesesuaian jurusan yang anda pilih. Sebaiknya pilih universiti TOP 100 di dunia sebelum memohon pengajian. Ini bagi memudahkan anda untuk memohon biasiswa kerana kebanyakan penaja mewajibkan perkara ini.
Selain itu, prosedur memohon sambung belajar ini mungkin juga berbeza bagi sesetengah negara. Sebelum anda berlepas ke luar negara ada juga negara yang menyaratkan anda untuk memohon VISA tetapi ada juga negara yang tidak perlukan VISA.
Setelah selesai semua langkah-langkah yang sepatutnya anda perlulah bersedia semua kelengkapan untuk ke luar negara seperti pakaian yang sesuai tiket penerbangan dan sebagainya. Semoga perjalanan anda untuk sambung belajar ke luar negara ini mudah.
Mazni Azmi
Belaja luar negara memang ada kelebihan
Cuma kalau balik sekarang ni tak boleh memilih kerja
Main Saham
Terima kasih atas perkongsian… Nak plan sambung belajar.
Farhain
Terima kasih atas perkongsian. Mudah difahami. Semoga impian yang saya pegang ni tercapai.