BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru 2018 Selepas PRU14

ammar

Senarai Menteri Kabinet. Semalam, tanggal 10 Mei 2018, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sekali lagi telah sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Tun Dr. Mahathir secara rasminya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Najib Razak setelah satu majlis angkat sumpah yang dilakukan di Istana Negara pada pukul 9.30 malam semalam.

Setelah disahkan dengan jawatan Perdana Menteri itu, tugas pertama Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri adalah menetapkan jemaah menterinya.

Dalam satu sidang media yang berlangsung semalam, Tun Mahathir berkata akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada esok(hari ini).

“Esok cuti tetapi saya tak akan ambil cuti.

“Saya akan panggil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kerana kami perlu berbincang tentang penubuhan kabinet,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya malam ini.

“Walaupun saya perdana menteri, saya perlu mengambil kira padangan parti komponen lain.

“Kami juga perlu membahagikan bilangan kementerian (untuk setiap parti),” katanya lagi.

Selain jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri, HARAPAN tidak pernah memiliki kabinet bayangannya sebelum ini.

Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia 2018

Berikut di bawah ini adalah senarai nama menteri kabinet yang baru bagi kerajaan Malaysia 2018 selepas Pilihanraya Umum Ke-14(PRU-14). Senarai nama menteri akan dikemaskini selepas pengumuman secara rasmi dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

  • Perdana Menteri : Dr. Mahathir Mohamad
  • Timbalan Perdana Menteri: Dr. Wan Azizah Wan Ismail
  • Menteri Kewangan: Lim Guan Eng
  • Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu
  • Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun
  • Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Dr. Wan Azizah Wan Ismail
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub
  • Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran
  • Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad
  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
ARTIKEL LAIN  Dr.Azizan Penipu Ijazah Kehormat Doktor Tiada Dalam Rekod UM?

Menteri Baru 2018 Selepas PRU 14

Diharap Menteri Kabinet yang baru dibentuk oleh Kerajaan Malaysia ini dapat memacu Malaysia ke arah yang lebih baik, maju, berdaya saing, membuatkan nama Malaysia menjadi kukuh di mata dunia. Kepada para menteri kami mengharapkan anda memikul tanggungjawab ini sebaik-baiknya dengan komitmen yang tinggi, ikhlas dan bebas dari rasuah. Marilah kita bina semula Malaysia ke arah yang lebih baik.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Aiskrim Haagen-Dazs
    Syarikat Penerbangan Rugi Ratusan Juta Dollar Kerana …
    April 23, 2019 0
  • mood republik
    Mood Republik Festival No.1 Paling Biadap di …
    June 20, 2017 0
  • gambar vivy yusof guna pampers sebagai pinggan.png
    Vivy Yusof Dikecam Makan Guna Pampers Ganti …
    December 15, 2015 0
  • Picodi
    Dapatkan Kupon Diskaun Di Picodi Dengan Setiap …
    July 7, 2017 1
  • pure white background 85a2a7fd 10
    Cuti Umum Selangor 2023 dan 2022 (Hari …
    November 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)