Membaca doa selepas azan adalah suatu amalan sunnah yang dilakukan setelah selesai azan berkumandang oleh bilal atau mu’azzin. Individu muslim yang ingin mengamalkan amalan sunnah hendaklah membaca doa selepas azan ini.
Tahukah Anda? Waktu membaca doa selepas azan adalah salah satu antara waktu paling mustajab doa. Adalah lebih baik dan afdhal jika kita juga menyertakan bacaan doa untuk ibu bapa dan membaca selawat sebelum membaca doa selepas azan.
Dalam artikel ini, kita akan berkongsi cara membaca doa selepas azan dengan bacaan dalam bahasa Arab serta bacaan dalam bahasa transliterasi (rumi) untuk membantu mereka yang masih belum lancar dalam membaca bahasa Arab.
Azan dan Iqamat Dalam Islam
Secara bahasa, azan berarti pemberitahuan atau seruan. Azan adalah seruan yang berisi perkataan-perkataan tertentu yang memberitahukan bahwa waktu solat fardhu telah masuk. Seruan azan mengajak orang-orang mukmin untuk segera berkumpul dan menunaikan solat fardhu.
Sementara itu, iqamat bererti bangkit atau berdiri dengan lafaz tertentu yang memaklumkan bahawa jemaah telah siap untuk melaksanakan solat.
Lafaz Azan Dalam Arab dan Rumi
Berikut adalah lafaz azan dalam bacaan Arab dan bacaan rumi:

Allahu akbar
Allahu akbar (Diulang 2X)
Ash hadu allailaha illallah
Ash hadu allailaha illallah
Ash hadu anna Muhammadan rasulullah
Ash hadu anna Muhammadan rasulullah
Hayya ‘ala solaah
Hayya ‘ala solaah
Hayya ‘alal falah
Hayya ‘alal falah
Allahu akbar
Allahu akbar
Laaa ilaha illallahhh..
Cara Membaca Doa Selepas Azan dan Bacaan Rumi

Bacaan Rumi
Allahumma rabba hazihi da’ watittamahhh
Wasolatil qaimah
Ati saiyidana Muhamadanil wasilata wal fadhilah
Wassyarafa waddarojatal ‘aliyata rafi’ah
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah
Innaka laatukhliful mi’ad
Cara Menjawab Azan

Hikmah disebalik doa selepas azan.
Anda mungkin bertanya-tanya, apa manfaat atau hikmah dibalik amalan membaca doa selepas azan.
Dari Jabir bin Abdillah RA, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“Barangsiapa mendengar azan dan berdoa, ‘Ya Allah, wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau janjikan’ – niscaya aku akan menjadi syafaat baginya di hari kiamat.”
Hadis ini adalah doa yang sering kita baca selepas azan. Rasulullah sendiri menyebutkan bahawa beliau akan memberikan syafaat bagi orang yang membacanya.
Dalam doa selepas azan ini, kita memohon kepada Allah agar Nabi Muhammad SAW diberikan kedudukan yang tinggi di sisi-Nya. Dengan doa ini, Rasulullah memberikan kepada kita cara yang mudah dan singkat untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.
Kita hanya perlu melaksanakan amalan sunnah yang mudah ini, dan insyaAllah kita akan mendapatkan pertolongan Nabi di akhirat, kerana tidak ada yang dapat memberikan syafaat kecuali beliau Rasulullah SAW.
Jadi, jangan melepaskan peluang untuk meluangkan waktu beberapa minit sahaja untuk membaca doa selepas azan. Semoga dengan amalan ini, Rasulullah akan mengenal kita yang pernah mendoakannya.
Untuk tambahan, berikut adalah perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan ketika azan.
1. Dalam keadaan berwuduk
2. Menghadap arah kiblat
3. Dalam keadaan berdiri
4. Afdhal dilakukan di tempat tinggi
5. Bilal atau muazzin hendaklah mengeluarkan suara dengan nyaring
6. Mengulang-ulang lafaz syahadah (ucap dua kalimah syahadah)
7. Menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk semasa mengucap ‘Haiiya a’la ssolah’ seterusnya memusingkan kepala ke sebelah kanan dan memusingkan kepala ke sebelah kiri semasa lafaz ‘Haiiya alalfalah’.
Hukum Azan dalam Islam
Melaungkan azan dalam Islam dianggap sebagi sunat muakkad semasa hendak mendirikan solat fardhu. Melaungkan azan adalah fardhu kifayah dan mesti dibuat oleh salah seorang sahaja ahli komuniti atau qaryah. Maka ahli komuniti lain tidak perlu lagi melakukannya. Untuk individu pula, melaungkan azan adalah satu sunat aini atau pahala sunat yang akan diperolehi jika seseorang itu melakukannya. Bagi wanita pula sunat untuk iqamat sahaja.
Kesimpulan
Semoga perkongsian mengenai cara doa selepas azan ini dapat membantu anda dan penulis untuk sama-sama memperbaiki amalan sunnah yang sudah sedia ada lama dalam diri kita sebelum ini. Perkongsian ini akan membantu menyedarkan kita tentang cara dan hikmah sebenar membaca doa selepas azan. Mungkin sebelum ini kita sekadar tahu membaca sahaja, namun dari perkongsian ini, kita boleh sedar dan dapat membaca doa selepas azan dengan penuh penghayatan. Berdoalah bersungguh-sungguh.