BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Daftar i-Akaun Secara Online Tanpa Ke Kaunter Kiosk

Islah Ibrahim November 24, 2022

Setiap pekerja yang bekerja dengan mana-mana syarikat berdaftar di Malaysia, pasti ingin pastikan mereka ini adalah termasuk dalam pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagi memastikan syarikat membuat caruman setiap bulan, pasti anda ingin dapatkan maklumat terkini caruman anda setiap bulan. Di sini akan dikongsikan cara daftar i akaun secara online untuk anda.

Disini juga akan dikongsikan bagaimana cara daftar i akaun secara online tanpa perlu ke kaunter dan juga pergi ke mana-mana kiosk.

Caruman KWSP ini bukanlah terhad kepada pekerja yang bekerja dengan majikan sahaja, untuk anda yang bekerja sendiri juga adalah digalakkan untuk anda membuat caruman.

daftar i akaun secara online
Cara Daftar i-Akaun Secara Online Tanpa Ke Kaunter Kiosk 2

Cara Daftar I -Akaun Secara Online Tanpa Ke Kaunter

Tahukah anda, kemaskini terkini dari pihak KWSP, untuk memberi kemudahan kepada pencarum KWSP, anda boleh dapat lihat membuat semakan baki akaun 1 dan akaun 2 menggunakan i-Akaun.

Anda boleh membuat pendaftaran secara online tanpa perlu ke kiosk KWSP.

Untuk makluman anda, pendaftaran i-Akaun secara online ini adalah dengan mendapatkan i-Akaun secara view mode.

Maksud i-Akaun View Mode

Merupakan sebuah akaun yang memberikan akses paparan i-Akaun yang terhad kepada para pencarum. Anda dibenarkan untuk membuat semakan maklumat sahaja.

Kemudakan i-Akaun ini membenarkan anda membuat semakan maklumat sahaja dan tiada sebarang transaksi yang menggunakan tac number melalui no telefon.

Berikut adalah langkah-langkah cara daftar i akaun secara online untuk view mode:

Langkah-Langkah Daftar i-Akaun Secara Online (handphone)
1. Sila hubungi Hotline KWSP di talian 03- 89226000 ( 8.00 Pagi- 5.00 Petang) kemudian maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar i-Akaun secara view mode
2. Anda akan diberikan Kata Laluan Sementara dan pihak KWSP akan membuat semakan no ahli KWSP anda. Kemudian anda akan dapat ID Pengguna Sementara
3. Kemudian buka Portal Rasmi KWSP di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
4. Ketika masuk ke pautan di atas, sila gunakan Kata Laluan dan ID Pengguna sementara tadi untuk anda masuk ke i-Akaun anda
5. Setelah anda berjaya masuk ke i-Akaun anda secara view mode, anda boleh menukar Kata Laluan anda, kemudian sila daftarkan no telefon anda yang aktif sekarang
6. Tahniah. anda kini sudah boleh membuat semakan baki akaun 1 dan akaun 2 secara view mode
Daftar i akaun secara online

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh i-Akaun View Mode ini:

  • Membuat semakan baki akaun
  • Membuat semakan caruman semasa
  • Membuat semakan profil
  • Membuat semakan pengeluaran sejarah
  • Membuat semakan kelayakan pengeluaran
  • Mendapat Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
ARTIKEL LAIN  Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am dan Peristiwa)

Sekiranya anda ingin mendapat akses penuh untuk membuat urusan transaksi seperti pengeluaran, mencetak penyata, urusan penamaan, simpanan shariah,i -invest dan pelbagai lagi, anda perlu membuat pendaftaran TAC di KIOSK KWSP berhampiran anda. Proses pendaftaran ini memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari anda. Jangan risau, urusan ini sebentar sahaja. Seperti yang dikongsikan sebelum ini, daftar i akaun secara online adalah kaedah untuk mendapat akses secara view mode sahaja.

Cara Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP ( Akses Penuh)

Sekiranya anda ingin mendapatkan akses penuh i-Akaun, anda perlu hadir ke mana-mana KIOSK KWSP

Berikut adalah peincian langkah demi langkah:

Langkah-Langkah Daftar i-Akaun di KIOSK KWSP
1. Hadir ke KIOSK KWSP berhampiran anda
2. Membuat pengesahan kad pengenalan dan cap jari, masukkan no. kad pengenalan anda dan masukkan nombor telefon terkini yang aktif beserta cap jari
3. Anda akan menerima TAC , anda tunggu selama 10 saat, mesin KIOSK akan mengeluarkan kertas yang akan memaparkan nombor ID anda bersama dengan SMS kod TAC yang telah dihantar oleh KWSP
4. Sila muaturun aplikasi i-Akaun KWSP di smartphone anda atau boleh pergi ke pautan ini
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
– Sila masukkan nombor ID bersama password
– Masukkan semula nombor ID tadi bersama dengan kod TAC yang telah dihantar oleh KWSP
– Sila kemaskini password yang baharu
5. Tahniah, anda berjaya mempunyai i-Akaun dengan akses penuh
Daftar i akaun secara online

Dalam perkongsian daftar i akaun secara online ini, anda akan mempunyai dua pilihan samada untuk mendaftar tanpa perlu ke kaunter atau pergi ke kaunter untuk mendapat akses i-Akaun penuh. Tahniah kepada anda yang telah mendaftar.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • maksud2520jusa2520dan2520gred2520gaji
    Inilah Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) …
    January 9, 2018 7
  • Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu
    Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu …
    December 23, 2016 3
  • kesilapan memalukan dalam polis evo.png
    10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis …
    November 13, 2015 5
  • gaji jururawat masyarakat gred u19.png
    GAJI JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KKM
    November 9, 2015 1
  • gaya pemanduan dedah identiti anda.jpg
    Gaya Pemanduan Ini Dedah Identiti Anda
    November 15, 2015 6

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)