BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

SPMU 2023: Cara Daftar Online SPM Persendirian

Islah Ibrahim
spmu 2023
SPMU 2023

Ini adalah maklumat terkini mengenai bagaimana cara daftar online SPMU 2023 untuk para calon persendirian. Sekiranya anda ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Para calon diminta untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menduduki peperiksaan tersebut.

Sijil Pelajaran Malaysia merupakan (SPM) tahap pendidikan terpenting di Malaysia dimana ianya menjadi syarat untuk apa sahaja bentuk pekerjaan yang anda mohon diluar sana. SPM merupakan syarat minima oleh mana-mana majikan syarikat yang membuka peluang pekerjaan. Anda mungkin hilang peluang pekerjaan jika gagal untuk memiliki Sijil Pelajaran Malaysia.

Hasil dari kesedaran masyarakat, ramai juga yang memilih untuk menduduki peperiksaan ulangan kerana gagal pada keputusan sebelum ini. Oleh sebab itu Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan peluang kedua dan seterusnya kepada calon untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU).

Untuk makluman para calon persendirian, kini anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian samada untuk menduduki SPM atau SPMU 2023.

Tarikh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2022/2023

Para calon boleh membuat pendaftaran bermula 8 Mei 2022 sehingga pada 10 Julai 2022.

Tarikh untuk menduduki SPM & SPMU 2023 masih belum diumumkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan tarikh pendaftaran untuk tahun 2023.

Jumlah Bayaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2023

Berikut adalah yuran yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk calon menduduki peperiksaan

  • Yuran asas: RM20
  • Yuran Mata Pelajaran
  • 119 Subjek Bahasa Inggeris: RM20.50
  • Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
  • Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Caj untuk Calon yang terlewat (Bayaran Calon Lewat): RM150.00

Syarat-Syarat Untuk Layak Mendaftar Pada Tarikh Pendaftaran Dibuka Bagi Calon Persendirian SPM & SPMU 2023

  • Calon persendirian mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan diambil
  • Calon merupakan orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (Calon Yang Mengulang)
  • Calon perlu membuat pendaftaran secara online sepenuhnya melalui Portal pada pautan SPPAT

Cara Mohon Calon Persendirian SPM & SPMU 2022/2023

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan sebagai calon persendirian

1. Lawati Portal Rasmi melalui pautan ini https://sppat.moe.gov.my/

2. Sila klik pada butang ‘Daftar Calon Baharu’

3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan calon kemudian klik butang ‘Mohon’

4. Sila sahkan maklumat calon yang telah diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik sah calon dan jika tiada masalah sila klik ‘Teruskan’

ARTIKEL LAIN  Semak Baki LPPSA Online Melalui Portal LPPSA Dan MyFinancing

5. Sila pilih matapelajaran yang calon ingin ambil dan klik butang ‘Teruskan’

6. Ulang langkah yang sama semasa membuat pemilihan mata pelajaran

7. Calon perlu menentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya calon telah memilih lebih 10 mata pelajaran. Syarat ini hendaklah diikuti dan calon dingatkan bawah pemilihan mata pelajaran tambah tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada jumlah yang telah ditetapkan, setelah selesai klik butang ‘Teruskan’

8. Sila pilih lokasi atau pusat peperiksaan yang berdekatan dan klik butang ‘Teruskan’

9. Selepas selesai, sila semak maklumat pendaftaran calon dan klik butang ‘Hantar’

10. Setelah maklumat pendaftaran calon persendirian SPM & SPMU berjaya dihantar, sila pastikan yuran atau bayaran peperiksaan telah dibuat secara perbankan internet. Permohonan calon akan diproses sekiranya bayaran telah dijelaskan.

Berikut adalah video penerangan dengan lebih jelas mengenai bagaimana untuk membuat pendaftaran SPMU dan SPM bagi calon persendirian.

Kepentingan Menduduki Peperiksaan SPMU 2023 Bagi Subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Anda perlu ketahui beberapa faedah kenapa anda perlu mendaftar 3 subjek penting ini

1. Kelebihan Pertama

Matematik adalah subjek ‘killer’ dalam SPM, sekiranya anda hanya lulus subjek Matematik, peluang pilihan anda ke IPT menjadi semakin terhad, malah lebih sukar sekiranya gagal dalam Matematik. Anda dinasihatkan untuk mengulang subjek Matematik sekiranya subjek lain sudah mencapai kredit ke atas.

2. Kelebihan Kedua

Sekiranya calon lulus Bahasa Melayu sahaja, pastinya sukar untuk mendapat tempat di IPT Awam. Syarat utama adalah kredit bagi subjek BM, bahkan untuk anda menduduki jawatan tertentu dalam sektor awam , perlu kredit dalam subjek Bahasa Melayu. Jadi subjek BM dinasihatkan untuk calon mengambil semula sekiranya menduduki SPMU

3. Kelebihan Ketiga

Subjek sejarah dan Bm sangat unik keraja merupakan subjek wajib lulus di peringkat SPM dan menjadi syarat untuk anda mendapat sijil. Anda tidak akan mempunyai lesen besar untuk menyambung pelajaran sekiranya gagal subjek bahasa Melayu dan Sejarah.

Sekiranya anda ingin memohon untuk kemasukan ke Politeknik, sijil SPM anda perlu mempunyai kelulusan subjek BM dan Sejarah.

Perkongsian menduduki SPMU 2023 ini diharapkan dapat membuka mata anda untuk membuat pemilihan tepat sebelum anda menduduki peperiksaan SPM atau SPMU jika menjadi calon persendirian.

Berikut adalah video penerangan bagaimana untuk mendaftar sebagai calon SPM persendirian untuk rujukan anda.

Semoga berjaya!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • mesej rahsia dalam filem 3 abdul.jpg
    Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya …
    November 23, 2015 1
  • 2
    Rujukan Peperiksaan Online PSEE Pegawai Penguatkuasa Gred …
    July 25, 2020 0
  • PRU15 1
    Tarikh PRU-15: Hari Penamaan Calon dan Hari …
    November 1, 2022 0
  • Gambar Gadis Kelantan
    Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila …
    October 17, 2017 0
  • dividen bonus tabung haji 2015 2016.png
    Dividen Bonus Tabung Haji 2015
    February 4, 2016 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)