BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am dan Peristiwa)

Islah Ibrahim November 28, 2022
cuti umum sarawak 2023
Cuti Umum Sarawak 2023

Kepada anda yang menjadi penduduk di Negeri Sarawak, laman ini akan kongsikan kepada anda Cuti Umum Sarawak 2023 iaitu Hari Kelepasan Am dan Peristiwa yang berlaku di Sarawak.

Sarawak adalah sebuah negeri yang juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang. Negeri ini merupakan negeri terbesar di Malaysia yang di wilayah Borneo.

Sarawak mempunyai kawasan yang terbesar di Malaysia dan juga kenali sebagai Malaysia Timur.

Untuk makluman anda, Sarawak tidak mempunyai Sultan seperti kebanyakan negeri di semenanjung. Tetapi Sarawak diketuai oleh Ketua Negeri yang dipanggil Gabenor atau juga dikenali Yang Di Pertua dan ditadbir oleh Ketua Menteri Sarawak dari kalangan ahli politik yang dipilih melalui pilihan raya.

Perkongsian cuti umum sarawak 2023 ini akan membantu anda untuk membuat rujukan dengan melihat jadual cuti di Negeri Sarawak bagi tahun 2023. Sekiranya anda merancang untuk bercuti, anda boleh rancang dengan lebih awal supaya tiada sebarang masalah semasa anda memohon cuti dengan majikan kalau anda bekerja makan gaji.

Hasil Bumi Sarawak

Negeri Sarawak juga kaya dengan hasil bumi yang mempunyai sektor ekonomi sendiri. Sarawak lebih fokus kepada sektor eksport minyak dan gas, kayu serta kelapa sawit. Tidak kurang juga sektor industri perkilangan, tenaga dan hasil pelancongan yang kukuh.

Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya serta linguistik. Antara etnik yang wujud disini adalah Iban, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh, Kenyah dan Orang Ulu.

Kerana kepelbagaian kaum yang ada di Sarawak menyebabkan pelbagai agama turut menjadi amalan di Sarawak seperti agama Islam, Kristian, Islam, Buddha, Sikh, Taoisme dan lain-lain lagi.

Kalendar Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am)

Ini adalah kalendar Cuti Umum Sarawak 2023 untuk rujukan anda.

CUTI/HARI KELEPASAN AM/PERISTIWAHARITARIKH
Sambutan Tahun BaruAhad1 Januari 2023
Cuti Tahun BaruIsnin2 Januari 2023
Sambutan Tahun Baru CinaAhad22 Januari 2023
Cuti Tahun Baru Cina (Hari ke-2)Isnin23 Januari 2023
Sambutan Good FridayJumaat7 April 2023
Hari Raya AidilfitriSabtu22 April 2023
Hari Raya Aidilfitri (Hari ke-2)Ahad23 April 2023
Cuti Hari Raya AidilfitriIsnin24 April 2023
Hari Pekerja/BuruhIsnin1 Mei 2023
Sambutan Hari WesakKhamis4 Mei 2023
Sambutan Hari GawaiKhamis1 Jun 2023
Hari Gawai (Hari ke-2)Jumaat1 Jun 2023
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan AgongIsnin5 Jun 2023
Hari Raya Aidiladha/HajiKhamis29 Jun 2023
Sambutan Awal MuharamRabu19 Julai 2023
Sambutan Hari SarawakSabtu22 Julai 2023
Sambutan Hari Kebangsaan /KemerdekaanKhamis31 Ogos 2023
Hari MalaysiaSabtu16 September 2023
Sambutan Maulidur RasulKhamis28 September 2023
Hari Jadi Yang Di-Pertua SarawakSabtu14 Oktober 2023
Sambutan Hari KrismasIsnin25 Disember 2023
Cuti Umum Sarawak 2023

Penggunaan Bahasa Sarawak

Sekiranya anda merupakan pelancong dari luar yang ingin bercuti di Sarawak mungkin tertanya-tanya, bagaimanakah bahasa yang digunakan di Sarawak.

Sebenarnya anda tidak perlu risau kerana Bahasa Sarawak ini tidak jauh beza dengan Bahasa Melayu. Hanya sedikit perbezaan tetapi masih menggunakan Bahasa Melayu. Beberapa perkataan sahaja berbeza.

Anda masih boleh faham sekiranya bertutur dengan orang Sarawak di sana. Ada juga berpandangan orang Sarawak ini lebih Malaysia dari orang di semenang dari sudut penggunaan bahasa kerana orang Sarawak menggunakan bahsa yang satu walaupun wujud pelbagai etnik atau bangsa disini

Jarang juga mereka yang berbahasa inggeris tidak kiralah mereka ini Melayu,Cina,Iban, Bidayuh, Dayak atau etnik yang lain. Hal ini menyebabkan kita semakin seronok apabila berkujung ke Sarawak.

Ini adalah contoh penggunaan Bahasa Sarawak

Kamek = Saya

Kitak= Awak

Sidaknya= Mereka

Nya=Dia

Sitok=Sini

Sia=Itu

Sine=Mana

Aok=Ya

Sik Ada(Sekda)=Tidak Ada

Kelakar=Bercakap

Kacak=Cantik,Tampan

Nyaman=Sedap

Gerek=Boyfriend atau Girlfriend

Belon=Kapal Terbang

Pengenalan Pembentukan Kerajaan Negeri Sarawak

Sarawak ditadbir oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang mempunyai kuasa pemerintahan. Ibu negeri bagi Sarawak adalah Kuching dan pentadbiran Negeri Sarawak adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia,Undang-Undang Tertinggi Malaysia serta Perlembagaan Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak melibat dua badan sahaja iaitu eksekutif dan perundangan. Negeri Sarawak tidak mempunyai cawangan kehakiman kerana mematuhi federalisme Sistem Mahkamah Di Malaysia.

Semoga perkongsian Cuti Umum Sarawak 2023 ini dapat memberikan anda pendedahan dan merancang untuk percutian anda nanti.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • gambar rumah berhantu.jpg
    Rumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat …
    November 18, 2015 2
  • ufuture new
    uFuture UITM: Login Student Portal Dan Tukar …
    November 22, 2022 0
  • Tempat Pelancongan Menarik
    Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu …
    August 4, 2018 0
  • Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu.jpg
    Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu
    November 18, 2015 0
  • Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online
    Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ …
    June 7, 2017 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)