Makan Street Churros di IOI City Mall Putrajaya
Berita baik buat peminat makanan snek churros! Street Churros iaitu satu jenama kafe yang tidak asing lagi di Korea Selatan kini membuka cawangan yang pertamanya di Malaysia.
Sempena di awal pembukaan kafe baru-baru ini, kami telah dijemput untuk merasai keenakan churros di Street Churros IOI City Mall Putrajaya.
Apa yang menarik mengenai kafe ini adalah 100% bahan untuk membuat churros ini diimport dari Korea Selatan. Almaklumlah, sememangnya churros ini buatan Korea Selatan. Street Churros adalah satu jenama kafe yang sangat popular di Korea Selatan.
Jadi, rugilah jika tidak merasai keenakan churros ini kerana ianya 100% halal dan buatan Korea Selatan.
Yang paling menarik adalah churros mereka dihasilkan secara “fresh” dan panas-panas. Dengan menggunakan mesin khas, churros yang dipesan oleh pelanggan terus digoreng “on the spot” membuatkan ianya rangup dan panas.
5 menu utama yang di tawarkan di sini iaitu yang pertama sememangnya churros, kedua filling-chu(churros denga inti), ketiga ah-chu(churros dengan aiskrim), keempat latte(minuman latte) dan yang terakhir ade(minuman jus). Lihat gambar di bawah untuk senarai menu yang ditawarkan di sini.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu serendah RM4.90 anda boleh dapatkan satu churros. Baru-baru ini pihak kafe churros ini telah menawarkan 150 churros percuma kepada pembeli yang terawal. Sangat bertuah! Dapat makan free!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Street Churros bagi merasai keenakan churros dari Korea Selatan. Setakat ini hanya satu cawangan ini sahaja berada di Malaysia dan cawangan baru akan dibuka di masa akan datang.
Orang besar Street Churros telah mengesahkan bahawa akan membuka lima lagi cawangan di pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.
Bagi sesiapa yang ingin merasai churros ini bolehlah berkunjung terus ke kafe ini yang beralamat seperti di bawah.