Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Mesti Cuba
Resepi Aiskrim. Sesiapa yang lahir pada tahun 80-an dan ke atas sudah pasti biasa dengan aiskrim homemade. Kami juga tidak ketinggalan pada zaman kanak-kanak membeli aiskrim homemade ini berharga 10sen dan 5sen.
Zaman sekarang sudah tidak seperti dahulu. Tiada lagi aiskrim yang berharga 5sen. Semuanya naik harga. Jadi, tidak salah rasanya jika anda cuba sendiri membuat aiskrim homemade ini. Cara-caranya mudah sahaja dan hanya memerlukan beberapa jenis bahan.
Jika dahulu terkenal dengan aiskrim milo, aiskrim jeruk, aiskrim asam boi, aiskrim sirap bandung dan banyak lagi. Namun kini yang menjadi tular di facebook adalah beberapa aiskrim yang telah diinovasikan mengikut peredaran zaman.
Aiskrim yang paling “rare” bagi kami dalam koleksi aiskrim Malaysia viral ini adalah aiskrim sumi, jelly lolipop dan paddle pop homemade. Anda wajib cuba 3 jenis aiskrim yang “rare” ini.
Tunggu apa lagi! Jom kita tengok koleksi resepi aiskrim Malaysia yang masih viral sekarang ini di bawah.
1.Aiskrim Paddle Pop Homemade
-1 tin Susu cair/susu segar
Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. Gunakan mixer atau blender jika lambat sebati.
Asingkan adunan kepada 4 bahagian (guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.
Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).
Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda. Biarkan sehingga beku dan siap!
2.Aiskrim Choki-choki
– 4 tin air yang telah di masak
– 2 sudu 1/2 tepung jagung
– Choki choki ikut kesukaan anda nak letak banyak mana
1.Masakkan air,susu pekat manis dan juga susu cair sehingga mendidih.
2.Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi aiskrim jadi lembut. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak lemak sikit. Kacau lagi sekali dan tutup api.
4. Dah siap semua sekali, jangn lupa tapis adunan tersebut.
5. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum di masukkan ke dalam plastik aiskrim.
6. Choki choki tu masukkan dalam plastik aiskrim dan picit picit untuk bagi rata.
7. Masukkan di dalam peti ais dan tunggu sehingga beku. Siap untuk makan.
3.Aiskrim Jeruk
Bancuh air gula dan campurkan dengan jeruk pilihan anda.
4.Aiskrim Jelly Lolipop
-1 paket jelly (tak kisah flavour apa-ikut citarasa)
1. Masuk kan air, jelly, susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut, baru hidupkan api)
2. Masak hingga larut dan sebati * kacau selalu ya
3. Rasa dulu, kalau tawar tambah lagi gula.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
5. Isi ke dalam plastik. Ikat.. Siap!
5.Aiskrim Nutella
-2 1/2 sudu tepung jagung
-1 sudu kecik esen vanila
1. Masak air atas api kecik sampai semua larut dan mendidih.
2. Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah gula sikit kalau nak lebih manis.
3. Sejukkan dulu baru tuang dalam plastik.
*untuk letak nutella. Lenyek-lenyek dan tuangkan campuran tadi.
6.Resepi Aiskrim Koktail Bercampur Sumi
– 1.5 liter air putih..Air yang telah di masak
– Sumi jelly secukupnya..Boleh belah empat sumi jelly tu ya.
1. Campurkan susu pekat manis dan susu cair serta 1/3 air dan dimasak bersama sedikit garam. Padamkan api.
2. Masukkan baki 2/3 tin air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan sumi berlainan warna yang telah dibelah tadi ke dalam plastik aiskrim serta masukkan adunan tadi. Ikat dan masukkan ke dalam peti sejuk.
7.Aiskrim Kacang Hijau
-Kacang hijau (rendam semalaman)
1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai empuk/kembang.
2. Air gula merah masak berasingan dan tapis
3. Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan santan. masak macam buat bubur kacang.
4. Tutup api. Bila suam baru isi didalam plastik aiskrim.
8.Aiskrim Gula Apong/nise (Seakan akan gula Melaka)
-1kg kelapa (buat santan)
-Gula apong ori @gula nira 700g.
1. Masak air sampai mendidih baru masukkan gula nira, santan dan daun pandan.
2. Tapis dahulu sebelum masukkan dalam plastik aiskrim.
9.Aiskrim Yo Berry Yummy
-250g NESTLE Natural Set yogurt (setengah bekas yang besar tu)
-1/4 cup non-dairy whipping cream (dah ada rasa manis, jadi tak perlu tambah gula)
-2 sudu besar strawberry emulco
-3-4 biji Buah strawberry dihiris nipis (Nak sedap tambah lagi)
-Chocolate rice atau chocolate chip secukupnya
Tambahkan setengah sudu strawberry emulco ke dalam NESTLE Natural Set yogurt. Kacau sebati. Nak bagi adunannya smooth, tapiskan dengan penapis kopi.
Masukkan bagi strawberry emulco ke dalam adunan tapi tak payah kacau sebati. Biarkan ada corak sikit. Masukkan satu sudu kecil coklat rice atau coklat chip ke dalam mold.
Sudukan sedikit adunan yogurt ke dalam mold aiskrim. Selang selikan dengan buah strawberry yang telah dihiris nipis.
Jika mahu lebih sihat lagi, gantikan strawberry emulco dengan strawberry fresh puree.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan selama beberapa jam. Siap!
Nota: Tinggalkan komen anda di bawah jika anda sudah mencuba resepi aiskrim ini.
Asmi
Nice sharing. TQ