BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Gambar “Rare” Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth II Yang Jarang Didedahkan Kepada Umum

ammar

Hari ini, tanggal 11 September 2017 merupakah hari yang sedih buat seluruh rakyat Kedah secara khususnya dan seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Malaysia dikejutkan dengan kemangkatan Al-Marhum KDYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Sultan Kedah, Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah mangkat pada usia 89 tahun dan merupakan satu-satunya Sultan yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali.

Kerana baginda adalah satu-satunya Sultan yang dilantik sebanyak dua kali sebagai Yang Dipertuan Agong baginda telah menerima pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records pada tahun 2012.

Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Sultan Kedah ke-27 dan telah memerintah selama 59 tahun sejak ditabalkan sebagai Sultan pada tahun 1958.

Menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

Fakta yang ramai tidak tahu adalah baginda merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Baginda telah memainkan peranan penting dalam membantu merapatkan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dengan negara-negara lain.

Sepanjang menjadi Yang Dipertuan Agong, Baginda banyak menerima kunjungan rasmi dan meraikan ramai ketua negara asing termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), China selain Duke, Ratu Elizabeth II dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Kate Middleton.1Yang paling menarik, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pernah menerima perutusan tahniah dari Ratu Elizabeth II dari Britain atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14.

“Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku bersempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Beta masih menaruh ingatan manis tentang lawatan negara Tuanku ke United Kingdom pada 1974 dan sudah menyaksikan dengan penuh sanjungan bagaimana Malaysia berkembang, sambil kekal memelihara keperibadian dan nilai-nilainya yang mulia.

“Beta ucapkan selamat maju jaya ketika Tuanku memimpin Malaysia, buat kali kedua, dalam perjalanan menuju kemakmuran dan sebagai sebuah kuasa untuk kebaikan di rantau ini dan dunia yang lebih luas,” titah Ratu Elizabeth dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain.ratu elizabeth dan agong

Di bawah ini adalah beberapa gambar kenangan manis Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Ratu Elizabeth II.3Tampan dan bergaya baginda Sultan bersama Ratu Elizabeth II.

ARTIKEL LAIN  Cuti Umum Selangor 2023 dan 2022 (Hari Kelepasan Am dan Peristiwa)

4

Ratu Elizabeth II bersama Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

5

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Ratu Elizabeth II.

7

Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth II.
Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth II

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Tuanku Zara Salim Header
    (Biodata) Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Sebenarnya …
    September 25, 2017 0
  • 0c4ce1cc3fea4561825f423299829b03 1200
    Harga Lesen Kereta Dan Motosikal Terkini 2022 …
    November 24, 2022 0
  • tentera malaysia
    Kenapa Tentera Malaysia Naik AirAsia Sedangkan Negara …
    September 13, 2017 1
  • sultan kelantan cemar duli
    Kisah Benar Mangsa Banjir Tidak Sedar Lelaki …
    December 15, 2016 1
  • 27855 ilustrasi sujud shutterstock
    Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan …
    December 23, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)