BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jangan Percaya Tabung Derma Kilat. Manusia Durjana Ini Ambil Kesempatan

ammar

Setelah kejadian kebakaran yang meragut puluhan nyawa pelajar dan kakitangan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semakin banyak wujudnya “tabung derma kilat” yang tular di laman sosial.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tabung derma kilat untuk Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Hal ini demikian kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat penipuan bagi mendapatkan wang secara mudah.

Mereka menggunakan nama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bagi meraih simpati dari orang ramai. Orang ramai yang kasihan dan percaya dengan “gambar tular” itu sudah pasti terjerat dengan penipuan mereka itu.

Diharap orang ramai supaya berhati-hati dengan perkara ini. Jangan jadikan derma yang anda sumbangkan itu tidak sampai kepada yang berhak. Ramai manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit. Mereka tidak mengira halal atau haram duit yang mereka dapat itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu bagi menghormati perasaan waris keluarga mangsa selain menghindarkan orang ramai menjadi mangsa.

“Saya harap tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas tragedi ini, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan sebarang perkara berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas penularan tabung bencana insiden malang itu.

Pesanan dari penulis, pastikan derma yang anda salurkan itu boleh dipercayai dan tidak menggunakan nombor akaun bank dan nama pemilik akaun yang meragui. Sebaik-baiknya anda menyumbang terus ke akaun Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga berkat derma seikhlas hati kita ini mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah. Insyaallah…Amin.

ARTIKEL LAIN  Cik Epal Hadiahkan Suami Ford Mustang 5.0 GT
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gadis Cina
    Gadis Cina Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah …
    March 17, 2017 1
  • najib razak
    Tonton Siaran Langsung Pembubaran Parlimen Malaysia
    April 6, 2018 0
  • Dai Wan dikritik surat cinta uqasha
    Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat …
    August 30, 2016 0
  • muhyiddin hadir mesyuarat
    Muhyiddin Hadir Mesyuarat MPT BERSATU. Wartawan Terkèjut …
    June 4, 2020 0
  • PM Kanada
    PM Kanada Mahu Berjumpa Dengan Makcik Dari …
    December 20, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)